Tuesday, March 22, 2011

Laila oh Laila

Selamat petang semua, sementara aku menanti ke jam 05.60 pm sempat pulak aku terfikir nak post entry kali nie dengan kisah best friend aku Noor Laila Mustafa..  Lela nie lah sahabat aku sejak aku kecik lagi... aku penah post gambar dia sebelum nie... hehehehe...

Cerita dia macam nie, semalam penat and lenguh jugak lah kaki aku nie duk tawaf " Uptown Danau Kota " tu dengan dia dalam hujan yang tak berapa nak lebat.. Korang tau tak dia nak cari ape??? Tu dia baju warna Merah and segala-galanya nak yang warna Merah. So dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, namun baju yang menarik hati kami tak jugak ditemui... 

Macam-macam baju dah aku try... maklumlah aku kan model dia semalam.. 
abg yang jual baju tu pun layan jer.. siap  bagi idea lagi nak pakai ape...!!!  
( sebenarnya lebih kepada nak promote barang-barang yang dia jual!! )

And ayat yang paling tak tahan aku nak dengar bile abang tu tanya 

" adik nie nak masuk pertandingan menyanyi kat mane??? " 

Nak pecah kot perut aku gelak semalam... Geli

( ada pulak nak masuk pertandingan menyanyi...kalau suara sedap sangat boleh la... nie suara pun setakat menyanyi kat Red Box tu ok lah.. if nak nyanyi kat depan orang ramai memang tak lah... )  

Hampir dua jam mencari akhirnya beli jugak Lela dengan dress warna Merah dia... ( Nasib baik kau beli lela.. kalau tak memang kena sekeh dengan aku !! )

No comments:

Post a Comment

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!