Wednesday, April 20, 2016

Misteri Roh Pulang ke rumah


Assalamualaikum dan selamat tengah malam.


Para pembaca sekalian,

Kisah yang ingin emma ceritakan pada anda semua mungkin adalah kisah benar atau rekaan semata-mata. Tiada bukti yang dapat mengesahkan kesahihannya.

"Sayang, abang balik lewat hari ini." 

Itulah pesanan ringkas yang aku terima dari suami yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah syarikat terkemuka. Sudah menjadi rutin kami berdua apabila salah seorang dari kami lewat pulang dari kerja, kami akan memaklumkan antara satu sama lain. 10 tahun kami mendirikan rumah tangga, namun kami belum di kurniakan cahaya mata. Mungkin belum tersurat rezeki kami memandangkan ekonomi kewangan yang belum stabil.

" Hati-hati ye bang, balik nanti jangan bawa motor laju-laju."

Aku membalas pesanan ringkas darinya. 

Sambil menunggu suami pulang, aku mengisi masa lapang dengan menonton drama melayu di kaca televisyen. Kedengaran rintik-rintik hujan dan guruh di luar. Rintik-rintik, dan akhirnya menjadi lebat. Dan tanpa ku sedari, aku terlelap ketika menunggu kepulangan suamiku.

Tiba-tiba, aku terjaga dari tidur apabila terasa dahiku di kucup oleh seseorang. Terasa dingin sekali kucupan tersebut. Ada titisan air juga di dahiku. Lantas aku buka mata lalu terpandangkan suamiku sedang duduk di sisiku sambil merenung wajahku. Aku lihat dirinya basah !! Pastilah dia terkena hujan ketika pulang ke rumah.

" Abang pergilah mandi dulu, nanti demam pulak !! ". Ujarku kepada suamiku sambil menghulurkan tuala mandi kepadanya.

Suamiku menyambut tuala dari tanganku sambil tersenyum. Tanpa sepatah kata, dia bangun lalu bergerak menuju ke bilik mandi. Sempat di mengusap rambutku.

Lantas aku ke dapur untuk menyediakan minuman dan makanan. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Hatiku serta merta terasa berdebar-debar. Dalam hati tertanya-tanya, "siapa yang telefon malam-malam nie ??? ". Dengan pantas aku menjawab panggilan tersebut.

" Hello, adakah ini Puan Qaisara ?? "

" Iya, saya bercakap. Siapa nie ?? "

" Saya Inspektor Arash. Adakah puan kenal dengan En Muhammad Farish bin Aryan ??".

"Ya, itu suami saya. Kenapa encik ??"

Seribu persoalan timbul di fikiranku. Adakah suamiku ada melakukan kesalahan jenayah ??? SubhanAllah, cepat-cepatku tangkis segala prasangka buruk terhadap suamiku.

" Harap puan bersabar. Suami puan telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya sebentar tadi. Puan di minta untuk membuat pengecaman mayat suami puan !! Boleh puan ke hospital sekarang ?? "

Terduduk aku mendengar kata-kata anggota polis berkenaan. Aku keliru, bukankah suamiku sedang mandi ?? Jadi siapakah yang terlibat dengan kemalangan tersebut ??? Dan siapa pulak yang mengucup dahiku tadi ???

Aku berlari menuju ke bilik mandi. Aku keliru apabila melihat lantai bilik air kering seolah-olah tiada sesiapa yang masuk ke dalam bilik air tersebut. Lantas aku ke ruang tamu di mana suamiku duduk di sisiku dalam keadaan basah kuyup. Sekali lagi aku keliru, tiada satu titisan air pun  di sofa mahupun di lantai !! Aku termenung seketika. Adakah aku bermimpi ?? Aku cuba menghubungi suamiku. Namun tidak dapat di hubungi. Aku kelu. Adakah benar suamiku telah pergi meninggalkan ku ??? Tanpa bicara, aku bersiap-siap lalu bergegas ke hospital.

Sepanjang perjalanan, ayat al quran peneman aku yang keliru. Aku berdoa semoga tiada apa yang buruk berlaku kepada suamiku.

Sampai di hospital, aku terus berjumpa dengan Inspektor Arash. Aku di bawa ke bilik mayat. Hati aku berdebar-debar. Aku berharap itu bukan suami ku. Inspektor Arash menghulurkan sebuah bungkusan yang jernih kepada ku. 

"Adakah barang dalam ini milik suami puan ??". Tanya anggota polis tersebut.

Terketar-ketar tanganku meyambut bungkusan tersebut !!. Ku lihat dompet, jam tangan dan telefon bimbit suamiku. Aku dapat mengecam barang tersebut kerana itu adalah hadiah dariku semperna ulangtahun perkahwinan kami tahun lalu. Lantas dompet milik suamiku kubuka. Aku jatuh terduduk di hadapan pintu masuk bilik mayat apabila melihat kad pengenalan milik suamiku. Hancur luluh hati aku. Namun aku masih letakkan harapan walau sekecil kuman yang jasad yang terbaring di dalam bukan milik suamiku. Aku kumpul segala kudrat yang aku ada lalu aku bangun dan masuk ke bilik mayat. 

Ku lihat ada satu jasad yang terbaring kaku di selimuti dengan selimut berwarna putih. Aku terbau haruman yang sangat wangi dari tubuh yang kaku itu. Aku mendekati tubuh itu, perlahan-lahan aku singkap selimut yang menutupi wajah kaku tersebut. Aku pejamkan mata dengan harapan itu bukan suamiku. Aku kumpul kekuatan dengan lafaz Bismillah lalu ku buka mataku. Alangkah terperanjatnya aku apabila wajah kaku itu milik suamiku. Insan yang berkongsi susah senang, suka dan duka denganku selama ini. Pandanganku menjadi kelam, dunia seakan terhenti seketika. Dan segalanya menjadi gelap dan gelap. Aku pengsan di situ.

Seminggu berlalu sejak pemergian suamiku. Menurut polis, suamiku kemalangan ketika pulang dari kerja. Hujan yang lebat dan jalan yang licin membuatkan sebuah lori merempuh suamiku yang menunggang motorsikal. Dan hingga kini aku tertanya-tanya adakah kejadian malam tersebut hanyalah mimpi ??.

Adakah roh suamiku yang pulang pada malam kejadian menemui aku sebelum bertemu dengan penciptaNya ?? Wallahualam




11 comments:

  1. Saya ingat kisah ni kisah seram. Rupanya kisah yang sangat menyayat hati. 😢😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tak pe, malam nie ada update lagi. Tunggu ye pukul 12 am :-) :-)

      Delete
    2. Hehehe tak pe, malam nie ada update lagi. Tunggu ye pukul 12 am :-) :-)

      Delete
  2. Replies
    1. Relax, relax, jangan touching yeee :-) :-)

      Delete
    2. Relax, relax, jangan touching yeee :-) :-)

      Delete
  3. hmmmm... ingat seram.. naseb x menitis air mata.. isk isk..

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!