Tuesday, February 23, 2016

Hati-hati pilih KAWAN

Assalamualaikum uoals,



First time bila aku baca statement nie aku dah rasa sentap jugak !! Lebih-lebih lagi bila laki aku sendiri yang hantar !!! Hamboiii awak perli saya ker ?? _-_!!!

Bagi aku statement tu sangat-sangatlah tak membantu !! Dengan erti kata lain statement untuk budak sekolah bolehlah guna kan ??? Bagi aku, aku dah jumpa ramai KAWAN !! Memang aku tak nafikan, semakin meningkat usia aku semakin kurang kawan !! Sebab apa ?? Aku semakin berhati-hati dalam memilih kawan !!!

Percayalah cakap aku, KAWAN yang sebenar adalah ahli keluarga kaw sendiri !!!kerana walau sedalam mana pun kaw jatuh, orang yang akan mengutip setiap sisa kejatuhan kaw sendiri adalah ahli keluarga kaw !!! Bukan orang yang kaw cakap "best friend forever"!!! Percayalah cakap aku !! Kalau selama nie korang lebih pentingkan KAWAN korang, please... Luangkanlah masa untuk keluarga kaw sendiri!!

Aku berani cakap macam nie sebab aku senfiri dah rasa macam mana kawan yang kaw anggap as family, yang kaw sentiasa ada bila kaw susah senang, gelak sedih nanggis. Tapi bila tiba masa kaw ??? Semua hilang !!! Masa tu kaw akan rasa sakit nya hati kaw macam kena tikam dengan duri yang berbisa.

Aku ingat lagi lepas aku deliver baby Anyssa, aku tertunggu-tunggu KAWAN yang pernah janji "kita macam adik beradik, kita susah sama-sama, senang sama-sama". Sampaikan hari-hari aku belek handphone aku mane tau ada yang call atau sended massaged!!! Tapi serius, satu pun tak ada !! Apa korang rasa ??? Sedangkan aku baru je lepas berjuang antara hidup dan mati. Sedangkan aku hampir-hampir hilang nyawa anak aku !! Sedangkan aku perlukan semangat aku.  Tapi, apa yang aku dengar ???

"Aku busy !!!"

Aku tak minta pun korang datang hadap aku 24 jam !! Sekadar call tanya khabar pun cukup bagi aku !! Sekurang-kurangnya, aku tau korang masih ingat aku di celah-celah kesibukkan korang !!

Sejak tu, aku banyak luangkan masa untuk family aku !! Kemana aku pergi, aku bawak family !! Hujung minggu aku untuk family !! Sebab ??? Seteruk-teruk kaw, family sentiasa ada di saat-saat kaw perlukan mereka !!!


Bagi yang sentiasa sharing dengan aku, tanya khabar, kadang-kadang gosip, walaupun jarang jumpa tapi WhatsApp penghubung kita :-) thanks SYU & NADH.

Kembar sejak kecik, yang sentiasa jadi pendengar setia, Thanks LAILA.

Kawan-kawan sekolah rendah, menengah, teknik, college, universiti, office .... Thanks kerana  masih keep in touch hingga kini.

Kawan-kawan facebook, blogger, instagram .... Thanks kerana dunia maya menghubungkan kita.

Dan kawan yang hilang ... Semoga korang bahagia ke akhir hayat.







2 comments:

  1. zaman skrg ramai yg pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. adehhh.. mcm2 sikap manusia.. kann
    sabar sajalah.. ada hikmahnya.. insyaAllah

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!