Friday, July 31, 2015

Kisah di sebalik kelahiran Anyssa Maisarah



Assalamualaikum uoals


Waktu kelahiran Anyssa memang banyak kisah tersembunyi. Tapi, alhamdulilah... Anyssa lahir dengan selamat walaupun dalam emergency operation !!! waktu tu emma potong Q 3 orang patient lain sebab kes emma agak besar.

Lepas azan subuh, doctor masukkan ubat.  Zohor, emma ditolak masuk ke Labour Room, Asar, emma di suntik Epidural pada tulang belakang, Mahgrib, emma di bawa masuk ke operation room dan Isyak, lahirnya Anyssa Maisarah ke dunia. Alhamdulilah kelahiran Anyssa di iringi dengan azan. syukur

Sebelum emma di tolak masuk ke operation room, doctor jumpa zam dan maklumkan yang keadaan baby dalam kandungan semakin lemah. Jantung baby pun draft semakin mendatar.  Langkah paling cepat untuk selamatkan baby adalah emergency operation.

Waktu emma dalam operation room, sekali lagi doctor dan pakar bius datang jumpa zam.  Keadaan emma dan baby semakin lemah. Zam kena pilih antara emma atau baby memandangkan keadaan baby semakin lemah. Doctor cakap zam kena bersedia if salah seorang dari kami tak dapat di selamatkan lebih-lebih lagi keadaan baby yang mungkin tak bernyawa bila di keluarkan !!!

Tapi kuasa Allah tak siapa dapat tandingi, bila 8.30 malam semasa azan Isyak lahirnya puteri pengikat kasih sayang kami Anyssa Maisarah..

Memang masa baby dorang keluarkan dari perut, emma tak dengar pun suara tangisan dia.. tapi lepas beberapa saat and lepas emma dengar bunyi penyedut emma dengar suara dia!!! time tu emma rasa nak nanggis.. akhirnya, penantian berakhir.

Anyssa, awak tak mungkin akan jumpa orang yang akan sayang awak macam mana mommy sayangkan awak !! dan tak mungkin awak akan jumpa orang yang akan jaga awak macam mana daddy jaga awak !!! sebab kami hanya satu dan tak siapa boleh halang atau ganti kasih sayang kami pada awak ^_^




2 comments:

  1. semoga terus membesar dengan sihat Anyssa..
    betul ler cakap orang,
    penantian itu satu penyiksaan,
    tapi bila dah selesai ianya satu kebahagian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah, kebahagiaan yang tak mampu nak beli dengan wang ringgit

      Delete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!