Friday, July 31, 2015

Membebel



Assalamualaikum uoals,


Pengalaman melihat anak sendiri membesar depan mata memang best.  Bangun pagi je anak kaw dah senyum kat korang, nak tido dia akan mintak kaw peluk dia... kaw buat itu, kaw buat ini... apa anak kaw dah pandai semua kaw nampak depan mata kaw kan ??? tak ke rasa seronok sangat.

Anyssa, the first thing yang emma nampak.. dia memang suka berjalan.!!! asal nanggis je, kaw bawak dia jalan kat luar rumah confirm senyam!!

Then, dia dah sibuk nak makan !!! korang bayangkan time umur dua bulan, kakak emma makan tosei depan dia then dia boleh menanggis nak makan jugak !!! meleleh leleh air liur budak kecik nie... and time tu lah dengar dia nanggis and merayu nak makan jugak siap sebut "nakkkkk" haaaa kaw tengok penangan anak zaman sekarang ????

Sekarang nie dah tiga bulan, perangai yang paling rasa nak cubit mulut dia bila........ dia kuat membebel !!!! tak henti henti mulut tu bercakap !!! lepas tu kemain jerit jerit lagi !!! haaaaaa tu yang panggil dia "mulut burung" -_-!!!


Kisah di sebalik kelahiran Anyssa Maisarah



Assalamualaikum uoals


Waktu kelahiran Anyssa memang banyak kisah tersembunyi. Tapi, alhamdulilah... Anyssa lahir dengan selamat walaupun dalam emergency operation !!! waktu tu emma potong Q 3 orang patient lain sebab kes emma agak besar.

Lepas azan subuh, doctor masukkan ubat.  Zohor, emma ditolak masuk ke Labour Room, Asar, emma di suntik Epidural pada tulang belakang, Mahgrib, emma di bawa masuk ke operation room dan Isyak, lahirnya Anyssa Maisarah ke dunia. Alhamdulilah kelahiran Anyssa di iringi dengan azan. syukur

Sebelum emma di tolak masuk ke operation room, doctor jumpa zam dan maklumkan yang keadaan baby dalam kandungan semakin lemah. Jantung baby pun draft semakin mendatar.  Langkah paling cepat untuk selamatkan baby adalah emergency operation.

Waktu emma dalam operation room, sekali lagi doctor dan pakar bius datang jumpa zam.  Keadaan emma dan baby semakin lemah. Zam kena pilih antara emma atau baby memandangkan keadaan baby semakin lemah. Doctor cakap zam kena bersedia if salah seorang dari kami tak dapat di selamatkan lebih-lebih lagi keadaan baby yang mungkin tak bernyawa bila di keluarkan !!!

Tapi kuasa Allah tak siapa dapat tandingi, bila 8.30 malam semasa azan Isyak lahirnya puteri pengikat kasih sayang kami Anyssa Maisarah..

Memang masa baby dorang keluarkan dari perut, emma tak dengar pun suara tangisan dia.. tapi lepas beberapa saat and lepas emma dengar bunyi penyedut emma dengar suara dia!!! time tu emma rasa nak nanggis.. akhirnya, penantian berakhir.

Anyssa, awak tak mungkin akan jumpa orang yang akan sayang awak macam mana mommy sayangkan awak !! dan tak mungkin awak akan jumpa orang yang akan jaga awak macam mana daddy jaga awak !!! sebab kami hanya satu dan tak siapa boleh halang atau ganti kasih sayang kami pada awak ^_^




Kronologi melahirkan Anyssa (part 2)


Assalamualaikum uoals


Wahh kemain lama lagi aku nak recall saat - saat melahirkan puteri kesayangan nie...sejak ade anak nie, masa nak pegang hp tu kena tunggu dia tido baru boleh nak bukak segala applications...-_- kalau tak memang nak hadap aje si kecik 24 jam. Yang si anyssa pun macam tau je asal aku pegang hp or tab mulalah dia melalak tak hengat. Memang saje je suruh tatap wajah kecik dia.. !! nasib anak sendiri... hahahahha

Okay, sambung part 2... kronologi melahirkan princess anyssa !!!! masuk je Lr aku pun dengan gigihnya bangun dari kerusi roda then nurse suruh aku baring kat katil yang boleh patah entah jadi berapa bahagian tuuu.. sumpah memang tak best langsung katil tu. Then datang nurse yang akan jaga aku memandangkan member aku dah request staff nurse yang okay-okay jaga aku sepanjang aku kat Lr... heheheheh tq syikin ^_^ so nurse tu pasangkan ctg kat perut. Then doctor lelaki bangsa cina masuk mintak izin kat aku nak check bukaan.. okay fine, aku redha lagi kena seluk bagai dengan doctor tu.. bukaan baru 3 cm !!! dia decide nak pecahkan air ketuban. aku siap tanya kat doctor tu lagi "doctor, sakit tak ??? pleaseee tolong buat slow slow -_-!!! " doctor tu cakap "sakit sikit jee " . Then aku nampak dia keluarkan satu stick yang lebih kurang macam straw. Tak lama lepas tu aku rasa melekit and air keluar macam air paip.. dah pecah air ketuban dorang monitor ctg aku berkali kali. Aku mintak zam masuk temankan aku dalam bilik tu.. nampak je muka zam, hilanglah sikit 5% rasa takut aku. Lepas 15 minit, rasa sakit datang balik. Tapi kali nie rasa tu semakin kuat.

Ya Allah, aku tak tau nak described macam mana rasa sakit tu. Apa yang aku boleh cakap rasa sakit tu datang macam kita tarik nafas.. mula mula slow then sampai kat kemuncak lepas tu down..!!! setiap kali sakit tu datang aku gengam tangan zam sambil mulut terketar ketar tahan sakit. Aku tengok sayu je zam pandang muka aku. Setiap kali aku gengam tangan zam, setiap kali tu lah zam akan balas balik sambil sebelah tangan lagi usap kepala aku. Time tu mulut aku dah terkumat kamit ikut bacaan surah pendek dan selawat yang zam baca. Time nilah baru aku tau, macam nie rasanya mama nak lahirkan aku kat dunia nie.!! sakit.. memang sakit !!! kalau boleh aku tak nak lalui lagi !!!

Time contraction tu, aku menanggis, air mata air hingus pun keluar. Time nie aku dah tak heran semua tu. Apa yang aku fikir, semoga bukaan cepat dan Allah permudahkan kelahiran Anyssa. Nurse datang bagi aku gas Etonox. Zam suruh aku sedut gas tu bila rasa sakit. Aku try sedut....  tak rasa ape pun !! makin sakit adelah... semakin lama rasa sakit makin kuat, nurse suggest untuk aku amik Epidural memandangkan contraction aku kuat tapi bukaan lambat, dan dorang takut aku tak de tenaga nak teran nanti !!! aku pandang zam, aku tak berani nak bagi keputusan pape... then zam cakap ambil je lah. coz dia pun risau aku tak de tenaga lagi nanti.. dah lah makan sikit je before turun LR tadi.  Epidural ni dorang akan suntik kat bahagian tulang belakang, nanti aku akan cerita dengan lebih details pasal suntikan epidural ni okay !! Dari pukul 1.30 pm sampailah ke pukul 6.30 pm dorang pantau ctg. Draft semakin lama semakin mendatar. Dan akhirnya doctor pakar datang then bagitau kat kteorang, jalan terbaik adalah melalui pembedahan !!!

Pukul 7 malam aku masuk bilik pembedahan, sebelum tu memang sedu-sedu aku menanggis bila tau nak kena operate. Time tu macam-macam rasa ade, masuk je bilik operation, aku dah redha, apa yang jadi ni semua bahagian aku.. apa pun aku terima !!! dan akhirnya 8.30 malam masa azan isyak aku dengar tangisan yang aku tunggu!!! lahirnya cinta hati kami Anyssa Maisarah, penglipurlara yang memberikan ketenangan.



Anyssa sambut RAYA



Assalamualaikum uoals,


Hi..... dah dua minggu raya baru terhegeh-hegeh nak update, maklumlah si kecik nie dah semakin membesar.. mulut kecik tu pun dah macam mulut burung, asyik membebel je... lepas tu gelak sorang-sorang !!

Okay, raya pertama Anyssa yang baru je berusia 93 hari time raya hari tu... alhamdulilah, murah rezeki Anyssa..!! mommy pulak yang jeles bila dia dapat banyak duit raya !!! mommy ??? tolong keluar duit daddy bagi duit raya adelah !!! hahahahah ^_^



Lastly, "Selamat Hari Raya" dari Zam~Emma~Anyssa