Monday, June 10, 2013

Hilang


Assalamualaikum uoals,


Menghilangkan diri seketika,
Ada yang bertanya...
Kenapa emma tak update blog ???
Jawapannya....

Emma  bercuti selama seminggu minggu lepas
Mama emma di masukkan ke wad kerana buah pinggang gagal berfungsi dengan baik
Doktor dah sahkan yang mama emma memerlukan rawatan Dialisis
Dan langkah pertama dengan memasukkan tiub melalui leher 
Hati anak mana yang tak sayu bila tengok mama yang sihat, mampu gelak ketawa
Tiba-tiba ada tiub di leher...
Menanggis menahan sakit...

Hanya anak yang tak tahu balas jasa mak je yang sanggup biarkan mak dia !!!
Selama beberapa hari mama kat hospital,
Masing-masing bergilir-gilir jaga mama
Berhari-hari tak tidur,
Layan segala kerenah mama
Tak pernah nak tinggalkan mama sorang-sorang kat wad

Kini,
Mama yang boleh bergerak sana sini
Langkah nya semakin terhad
Mama yang sentiasa mampu bergelak dan senyum
Semakin lama semakin suram

Ya Allah, kau panjangkalah umur ibuku...



4 comments:

  1. Assalamualaikum emma. akak doakan mak emma sihat walafiat kembali ye. emma pun jaga diri tau, cheer up urself. kalau emma sedih, mak mesti sedih gakk. sabar ye dik. dugaan ni

    ReplyDelete
  2. semoga ibu emma kembali sembuh seperti sedia kala insyaa allah...

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!