Wednesday, April 17, 2013

Kontest Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!



Assalamualaikum uoals,

Blogger-blogger hebat telah anjurkan satu kontest
Bermula dari 15 April hingga 30 April



Syarat-syarat Penyertaan dan Pemilihan Pemenang

  • Blogger warganegara dan menetap di Malaysia.
  • Daftar sebagai peserta kontes dengan mengisi borang berikut - http://goo.gl/I1rlD
  • Jawab 3 soalan dengan betul dan tepat - jawapan boleh diperolehi dalam blog Panduan Blogger
  • Setiap jawapan perlu dijawab menerusi satu entri khas di dalam blog anda.
  • Anda bukan penaja kontes ini.

Syarat-syarat Pilihan (optional)

  • LIKE fanpage blog ini di SINI.
  • Buat satu entri khas untuk promosikan Kontes ini.

Cara Nak Jawab Soalan Kontes

  • Terdapat 3 soalan mengenai blog yang perlu dijawab oleh peserta kontes. Soalan-soalan tersebut akan diterbitkan terlebih dahulu di fanpage blog ini sebelum diterbitkan menerusi satu entri khas Panduan Blogger beberapa hari sebelum tempoh tamat kontes. 
  • Jawapan kepada setiap soalan adalah subjektif tetapi berkaitan dengan isi kandungan di dalam blog ini. Anda digalakkan menggunakan fungsi kotak carian yang disediakan dalam blog bagi memastikan jawapan anda benar-benar layak untuk menang.
  • Jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan perlulah dijawab menggunakan sebuah entri khas yang perlu anda terbitkan.
  • Jawapan perlu dihantar hanya setelah ketiga-tiga soalan telah diterbitkan di fanpage blog DAN di blog ini. Anda perlu menyertakan link atau pautan jawapan tersebut di kotak komen entri khusus untuk penghantaran jawapan yang akan diterbitkan kelak.
  • Setiap entri jawapan perlu menyertakan link-link penaja yang disediakan di bawah - salin kod HTML yang diberikan dan dimasukkan ke dalam entri jawapan anda.

Pemberian Hadiah


Hadiah-hadiah berupa t shirt dan cenderamata akan diuruskan oleh pihak penaja, manakala hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank terpilih. Pihak HH tidak bertanggungjawab seandainya hadiah yang ditawarkan tidak diterima oleh para pemenang.

Tujuan


Kontes ini dianjurkan adalah sebagai salah satu proses pendidikan untuk blogger. Ia bertujuan untuk menambah dan memantapkan ilmu blogging setiap peserta, bagi memastikan bahawa blogger Malaysia adalah blogger yang punyai ilmu.

Masa kontes 15 hari dan cara penghantaran jawapan soalan adalah untuk mendidik blogger supaya lebih tenang dan sabar. Ia juga untuk bantu blogger agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

# Selamat mencuba ;)


9 comments:

  1. @nadia farahida Nampak macam byk, tp sikit je sebenar nya =D

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Tahniah buat Emma dah join kontest Tuan HH, semoga berjaya nanti dan betul dgn jawapan yg diberi nanti.
    Sudi-sudilah jengok entri saya pulok.

    http://www.sensasi2020.com/2013/04/kontest-panduan-blogger-anjuran.html

    TQ.

    ReplyDelete
  3. Nak join jugak tapi belum betul2 berkelapangan lagi nak buat entry.. huhu..

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!