Saturday, March 13, 2021

Kelahiran Anak Syurga Kami


Assalamualaikum


Tamat sudah kisah macam mana pengalaman aku menghadapi procedure Erpoc tuuu...

Walaupun anak syurga kami tak sempat kami nak jumpa. Kami tetap namakan dia sebagai kenangan yang dia pernah menghuni rahim aku. Peluang mengandung, tak semua yang dapat merasainya. 


Kami tak tahu apa jantina anak syurga kami. Dia keluar dari rahim aku pun apa yang aku nampak dia baru nak membentuk daripada ketulan darah. Tapi, aku pernah tanya zam "anak syurga kami nie lelaki atau perempuan " waktu episod duka lara kami sebelum aku masuk ward haritu. Dia rasa anak syurga kami "perempuan" sebabkan perangai aku yang sama je waktu mengandung Anyssa dan Ayra. Sempat jugaklah kami fikirkan nama untuk anak syurga kami walaupun dia tak sempat di lahirkan ke dunia.

Dan, pagi sebelum aku nak masuk ubat... sebelum aku nak solat subuh ada kisah di sebalik nya. Pagi tu, sebelum nak solat subuh, aku nampak ada kanak-kanak kecik bertelekung tapi aku tak nampak muka dia. Dia berdiri sebelah aku seolah-olah nak solat sama-sama dengan aku. Lepas solat, bayangan kanak-kanak tadi dah hilang. 

Dan kuatlah hati aku cakap, yang dia mesti perempuan kalau Allah izinkan dia ke dunia. Secara kebetulan, doctor yang ambil kes aku dan bertanggungjawab buat procedure erpoc juga mempunyai nama yang sama dengan nama yang kami pilih. 

Dan sesungguhnya, kami namakan dia sebagai kenangan dalam keluarga kecil kami.


Assalamualaikum dan Alfatihah anak syurga daddy mommy " Nuranyssa Sumayyah". Kenapa kami pilih nama Sumayyah ??? Sebab Sumayyah adalah wanita yang syahid dalam islam. Dan Sumayyah kami adalah anak syurga kami yang syahid dalam rahim aku. 

08 Mei 2020 02.35PM


Procedure Erpoc

 Assalamualaikum


Okay, aku nak sambung tentang kisah anak syurga aku. So doctor dah decide nak buat procedure Erpoc (cuci rahim). Tapi doctor akan masukkan ubat dulu untuk lembutkan rahim. Kebiasaanya baby akan keluar. Tapi kalau tak habis keluar, dan ada lagi darah-darah beku maka doctor akan proceed dengan Erpoc.




So memang malam tu aku dah start kena puasa. Esoknya 6am doctor masukkan ubat untuk lembutkan rahim. Tak rasa sakit pun. Procedure dia sama je kalau korang pernah kena induce untuk cepatkan bukaan tu.  Maka lepas masuk ubat, duduklah diam-diam atas katil sebab tak boleh gerak atau bangun selama sejam. Setengah jam pertama dah rasa perut tu macam bergelodak. Aku ingat biasa lah kotttt lapar punya pasal. Tahan je lah. Lepas tu rasa cramp kat perut sampai pinggang. Lepas sejam setengah, dah boleh bangun. Sebabkan rasa macam nak buang air kecik. So cepat-cepatlah aku ke tandas. Sampai je toilet, keluar darah yang macam jelly2. Nasib tak rasa sakit, cuma rasa senak perut je. Aku siap tanya lagi india kat sebelah katil aku. Sebab malam tu dia cerita yang dia keluar darah ketul-ketul. Aku siap tunjuk lagi kat dia darah ketul-ketul tu dalam botol sebab nak tunjuk kat nurse. India tu cakap, dia keluar macam tu jugak. Setiap 30 minit akan keluar darah tu. So aku bagitau kat nurse. Then nurse bawak masuk bilik procedure. Doctor scan tengok bahagian atas rahim dah kosong, and baby dah bahagian hujung dah. Doctor try nak tarik dia keluar. Doctor bukak bahagian bawah tu guna spectacular macam muncung itik tu then cuba tarik. Siap suruh batuk-batuk banyak kali. Unfortunately, tak lepas jugak keluar. Dia keluar sikit je. Ada lagi yang tak habis keluar. So doctor nak buat Erpoc untuk keluarkan bahagian yang tertinggal. Pukul 1.45pm kena tolak masuk ot. Doctor prepare semuanya dalam tu. Masuk ubat bius then 2.20pm start procedure. 

Doctor bius inform nak bius kat tulang belakang. So kena Epidural (bius separuh badan je). Ada yang aku baca kat google, dorang kena bius habis. So sedar-sedar atas katil wad je. Memandangkan aku kena Epidural je, maka Allah beri aku nikmat untuk kali ke tiga dalam bilik bedah. Alhamdulillah. Waktu jarum cucuk kat tulang belakang tu rasa lah jugak ngilu dan pedih. Bila masuk ubat lagilah rasa pedih sampai aku dah gengam tangan dan peluk bantal kuat-kuat. Siapa yang cakap tak sakit kena Epidural tu bohong dan dusta semata-mata. Lepas tu masuk air kat drip tangan. Doctor ade masukkan ubat jugak kat drip tu. Warna kuning-kuning dan likat. Pedih wehhhh. Dah lah urat yg doctor cucuk jarum tu bengkak. Aku cakap sakit kat drip tu. So dorang bukak then cucuk kat tangan lagi sebelah pulakkkk. Lepas tu 5 minit dah rasa kaki kebas-kebas. Lepas tu rasa berat. Rasa jugak lah dorang angkat kaki dan letak kat tempat letak kaki tu. Maka bermulalah procedure erpoc tu. Waktu doctor tengah buat tu rasa lah jugak macam ade benda yg masuk kat bahagian tut tuuu. Lepas tu doc tanya doctor bius, ubat dah masuk ke??? Doc bius cakap belum lagi. So doctor bedah suruh proceed ubat. Doctor bius cakap " saya nak masuk ubat okay " terus dia cucuk kat bahu. Ubat ape, aku tak tahu. Tapi yang nyata sakit. 




Maka bermulalah procedure erpoc tu. Macam mane dorang buat, korang boleh google. Tapi aku boleh share ape yang aku rasa je. Waktu procedure tu, dari pinggang sampai ke kaki memang tak rasa dah sebab dah bius. Tapiiiii ape yang aku rasa, bahagian dalam rahim tu macam dalam washing machine. Kemain bergelodak rasanya. Rasa perut tu senak je. Nurse and doctor bius asyik tanya je okay ke tak. Aku okay je.Rasa mengantok tapi takut nak tido sebab aku takut tak bangun terus. So aku tahankan mata akuuuuuu sambil gigil sejuk. Memang sejuk ya ampunn dalam tu. Aku menggigil sampai dah ketap-ketap gigi. Sekejap je procedure dia. 10 minit siap dahhh. Lepas settle doctor cuci, doctor pasang tiub kencing. Then kena tolak kat luar, baringlah kat ruang recover selepas ot tu sejam. Dekat luar, aku rasa lagilah sejuk ya ampun sangat. Menggigil tak tahu nak cakap macam mane. Dengan mata yang rasa nak lelap, kepala yang pening2. Rasa nak lelap, tapi takut tak bangun pulakkk. So aku tahan kan mata. Dalam hati rasa sedih dengan harapan zam ade kat sebelah. Tapi sia-sia jee. Dalam tempoh PKP kan. Time tulah teringat kat arwah ayah, arwah mama, arwah mak mertua. Sedihnya. Meleleh jugaklah air mata masa tu. Datang pulak doctor tunjuk janin yang dah keluar tu. Kecik sangat. Kesian dah hancur2. Tapi nampak lagi dia baru nak membentuk tangan dan kaki. Nampak bentuk mata. Allah, dia baru nak membentuk. 


Lepas sejam, nurse tanya boleh gerakkan kaki tak ??? Aku cakap rasa berat sangat. Aku cuba jugak nak gerakkan jari. Nurse cakap dah boleh gerak sikit. So tunggu nurse dari wad datang amik. Aku try hard nak gerakkan kaki. Allah susahnya. Barulah tahu, macam tu rupanya azab orang yang lumpuh.  Masuk wad, nurse alihkan ke katil. Tukarkan baju dan pad semua tu. Tq Nurse 🤩🤩🤩😘 maka bermulalah baring selama 6 jam atas katil sebab ubat bius tak hilang lagi. Zam datang sekejap lepas naik wad. Tapi tak boleh lama sebab musim PKP. Sempatlah dia bawakkan air milo, air oren, nasi and sup ayam halia. Makanan lepas 6 jam nanti. Dah tak boleh nak bangun, maka cubalah untuk tido dan rehat sambil mengenangkan anak syurga yang telah tiada. Rasa bersalah sangat sebab tak jaga dia elok-elok.

8pm, nurse datang bagitahu dah boleh bangun. Cakap dengan nurse nak mandi. So dorang cabut tiub kencing, drip air kat tangan. Lega rasanyaaaaa. Slow-slow dorang bantu nak ke bilik air. Lega dapat mandi dan cuci segalanya. Lepas mandi boleh makan dah. Perut lapar, tapi rasa haus mengatasi segalanya. Nak makan, tapi tak de selera sebab rasa sakit kepala. Lepas makan terus tido. Esoknya dah boleh jalan macam biasa. Sakit kepala pun tak de da. Cuma perut tu rasa senak-senak sikit. Masa nak buang air kecik tu azab sikit mula-mula. Pedih dan ngiluuuuu oiiiii. Cakap kat doctor masa doctor tgh buat round ward. Doctor cakap tu biasa sebab dah masukkan alat and buat procedure erpoc. Lepas doc check, semua okay. Maka marilah kita balik ke istana hinggap. Sesi berpantang pun bermula. ☺☺☺☺ Itulah kisah ERPOC aku. 


Alhamdulillah, Allah beri aku ujian dan nikmat yang tak semua dapat rasa. Merasalah 2 kali pengalaman czer, dan sekali pengalaman erpoc keguguran. Semoga Allah hadiahkan kami rezeki dalam bentuk yang lain setelah Allah ambil anak syurga kami. 

Anak syurga

 

Assalamualaikum


Kali ni aku nak share tentang kisah setahun yang lepas sebenarnya. Kisah di mana kembalinya anak syurga aku dan zam tanpa sempat kami melihatnya.

February

Period lambat, then try check upt. Tiba-tiba naik double line. Ehhhhh maybe tak betul kot nie. Biar je dulu. Sebabnya dalam hati tu tak feeling pun pregnant. Kadang-kadang UPT ni pun tak boleh percaya kannnnnnn.... 

March

Sempat berholiday dengan family. Lepas holiday buat upt test lagi. Memang double line clear pulak tu. Terus install apps pregnancy. Ingat lepas habis pkp lah baru buat buku pink. Tiba-tiba pkp sambung lagi 2 minggu. Maka gagahkan dirilah pergi Kkia nak buat buku pink. Kira-kira 14 weeks baby dalam perut. 

April

Doctor scan, tak nampak baby pulak. So refer O&G takut pregnant luar rahim. Balik rumah dulu sebab esoknya birthday Anyssa. Takut kena warded punya pasal. By the next day, baru pegi O&G. Refer dekat EPAU (Early pregnancy), doctor scan perut pun tak berapa jelas. So doctor scan melalui bahagian bawah. Maka nampaklah kantung semakin mengecut dan baby dah terhenti perkembangan. So doctor suggest untuk cuci rahim. Refer lagi 2 minggu if baby keluar sendiri. Maka baliklah rumah dengan hati yang entah tak tau nak cakap. ALLAH je yang tahu. 2 minggu, tak ada apa tanda. Sakit perut pun jenis main-main je. Maka sampailah date admitted ward. Tak boleh nak admitted pulak sebab dalam tempoh kuarantin covid19 sebab buat dah buat swab test. So kena extend seminggu lagi.


Lepas seminggu

Kena admitted ward, kali ni mood dah redho. Asalkan baby keluar dengan selamat. Kesian baby lama-lama dalam rahim mommy. Zam pun risau jugak takut effect kat aku.




Doctor scan tengok baby masih ada lagi dalam rahim. Doctor suspect Molar Pregnancy.. Apa pulak molar tuuu ??? So dia explain lah yang tu kandungan yang tak jadi. Dia macam buah anggur. Risiko dia boleh kena kanser ! Haaaa sudahhhhh, gundah gulana lagi hati nie. Harap Allah permudahkan. Doctor pakar tu check jugak rahim kiri and kanan takut ada cyst. Alhamdulillah, clear !!  So kena amik darah utk test hcg. Time ambil darah nie lah yang nak nanggis tuuuuu... sakit tau tak !!! Berkali-kali dia cucuk. Sebabnya urat tangan aku nie halus sangat. Susah nak dapat !!!! Maka bermulalah episod bengkak tangan sebab jarum yang dorang dah pasang tuuu. Esoknya tu result keluar, alhamdulillah. Bukan molar pregnancy. So doctor proceed dengan Erpoc operation. Dalam erti kata lainnnnnn "cuci rahim" .Malam dah start kena puasa. Semoga Allah permudahkan. Aminnn 




Thursday, March 11, 2021

Hobi baru

 

Assalamualaikum


Hi korang, lama menyepi kannn ??? Since mood ber blog nie dah ke laut yang dalam, tambah pulak tak reti berenang, maka setahun sekali pulakkk duk update post baru... 🤣🤣🤣


Namun, walau blog lama menyepi.... facebook dan instagram sangatlah aktif 😇😊😉


Ramai jugaklah yang duk DM kenapa tak berblog. Hehehe sabar geng-geng sekalian... facebook dan instagram pengerat kasih sayang kita 😍🥰


Oh ya, since aku dah ada hobi baru semenjak suami sendiri meracun fikiran aku untuk join dia sekali. Kisahnya, Zam memang lama dah minat nak cycling nie. Dulu-dulu zaman muda-muda, dia rajin lah cycling. So bila dah tua-tua nie barulah nak aktif balik. Ramai yang cakap geng cycling ni geng kayangan !!! Haaa korang silap lahhhh, kita orang beli basikal pakai cash ye. Bukan macam geng kayangan yang korang cakap tu... beli basikal guna Aeon credit 🤫🤭




Sebenarnya nak berbasikal ni biarlah ikut kemampuan korang. Kadang-kadang basikal mahal, tapi naik bukit sikit dah semput. Tu belum lagi yang basikal mahal tapiii untuk selfie je....


Since kitaorang laki bini ni jarang nak exercise... malam dah set dalam otak "esok nak jogging lahhhh" sudahnya esok pagi tarik selimut sebab sayang pulak nak tinggalkan katil. 🙄🙄🙄😅😁 


Tapiiiiii, sejak adanya aktiviti baru kami laki bini ni... maka rajin pulakkkk bangun pagi-pagi pergi cycling. 🤗🤗 kadang tu malam-malam pun kteorang cycling pusing-pusing area KL.


Aku jadikan hobi kami sebagai satu exercise untuk aku dapatkan balik berat 50kg akuuuuu 🤭🤭🤭😝 dengan harapan kembaliiiii kurussss sekaligus terapi bagi kita orang boleh dating laki bini dan anak tinggal kat rumah 😂😂😂😂. Kira aci lah kannnnn 



Hobi sambil beriadah.... haaa okaylah tu kannn. Yang penting aku support hobi Zam. Sampaikannn ramai jugaklah yang DM aku cakap yang laki dorang cycling ada yang tak ingat anak bini lahhh... ada yang nak join sekali laki tak bagi lahhhh... wellll aku no comment pasal tu. Sebab spesis aku laki bini, buat apa-apa mesti sama-sama. Zam nak cycling dia mesti seret bini dia sekali. Dah cycling tuuu kalau kitaorang tak call, anak -anak yang akan call kita orang "mommy daddy kat mana tuuuuu ???" 


Okay, nanti aku sambung entry lain ye.... bye 🥰 

Love,

#emmazamanyssaayra