Sunday, September 4, 2016

Gadget pada kanak-kanak


Assalamualaikum uoals,


Rasanya lama sangat dah tak update blog kan ??? Serius aku amik masa peram entry berbulan jugak memandang si kecik Anyssa semakin ligat meneroka dunia. Cewahhh 

Semenjak aku bergelar suri rumah nie kerja aku celik mata je menghadap si kecik Anyssa aku nie. Mana tak nya, dari dia celik mata je sampai lah dah nak tido balik ada je kerja yang dia buat !!! Part paling dia suka buat adalah MENGEMAS !!! Tu memang feveret dia. Kadang-kadang kaw dah siap kemas elok-elok dia akan datang then sepahkan balik!!! Haaa kadang-kadang tu tergugat jugak sabar aku. Setakat kena pok kat peha, kaki and tangan tu memang biasa da... Tapi ada dia kisah ??? 


Tapi kalau nak bagi dia diam, kaw bagi je dia main ipad ke handphone. Confirm kaw boleh buat kerja dengan aman !!! Memang lah tak elok sebenarnya dedahkan anak dengan gadget pada usia yang masih muda. Tapi aku bukan lah bagi dia tengok kartun semata-mata. Dalam ipad tu daddy dia dah downloadkan ABC, 123, games yang boleh merangsang minda kanak-kanak.

Pada usia 1 tahun 4 bulan Anyssa dah pandai sebut  ABC, 123 and dia pandai dah main games cari item tersembunyi.

Kalau dengar lagu pun dia dah okut sebutan yang hujung-hujung. Aku dengan zam perati jer perangai dia. Kadang-kadang siap berjoget-joget lagi. Tulah penghibur hati aku setiap hari.