Monday, September 21, 2015

Suntikan Epidural



Assalamualaikum uoals,


Aku nak sharing dengan korang pasal suntikan epidural nie!!! siapa yang pernah baca blog aku, korang sure tau yang kelahiran baby Anyssa adalah melalui pembedahan. 

But, sebelum aku masuk operation room lagi doctor dah suggest untuk aku ambil EPIDURAL   memandangkan bukaan lambat tapi contraction aku sangat kuat.  Dorang takut aku tak ada tenaga untuk teran nanti. Aku bukan jenis memandai-mandai nak ambil apa yang dorang suggest sebab aku tau semua tu akan ada effect kemudian hari !!! Aku pernah baca pasal epidural nie yang boleh mengakibatkan "sakit pada tulang belakang ". So, sebelum aku sign apa-apa form,aku akan tanya zam dulu... once dia bagi aku sign !!! if not, aku redha jeee.... dah zam pulak jenis straight bab hal bini dia... tak kan nak tengok bini dia menggigil tahan sakit kan ???? 

Ada pendapat yang epidural boleh bagi kesan migrain atau sakit belakang pada sesetengah ibu. Tapi ia sebenarnya selamat jika dilakukan oleh doktor pakar yang bertauliah. Perkara itu takkan berlaku kecuali dengan satu keadaan iaitu:

Jika suntikan epidural itu menembusi pada DURA (di bahagian yang mengandungi air tulang belakang). Kebocoran ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk. Namun jika sekalipun ia terjadi, ia boleh dirawat dengan ubatan dan “bed rest"


Sebenarnya suntikan ini adalah sangat selamat untuk ibu-ibu bagi melancarkan proses kelahiran. Peratusan kebocoran pada dura adalah sangat kecil jika dilakukan oleh doktor yang bertauliah.
cara suntikan epidural


Sebelum procedure suntikan epidural di lakukan, korang akan di beri penerangan oleh pakar bius tentang suntikan epidural.  Then, korang akan di beri borang persetujuan untuk procedure ni di lakukan.  Bacaan denyutan jantung, tekanan darah da oksigen dalam darah dorang akan monitor dulu.  Dan apa yang aku tau, epidural ni ada dos yang sepatutnya depends pada tahap penerimaan badan korang !!! Ada juga isu anak cacat atau risiko lain if terlebih dos.

Semasa procedure epidural di lakukan, korang kena duduk tegak sambil peluk bantal kuat-kuat. Sebabnya ???? waktu jarum masuk pada bahagian tulang belakang, automatik korang rasa macam satu renjatan dan reflect yang akan membuatkan korang bergerak !!! serius, bahaya ok !

Sebaik sahaja doktor mengesan lokasi yang tepat, bius setempat (Lignocaine 1%) akan disuntik pada lokasi yang telah dikenal pasti. Bila bius tadi telah bertindak balas barulah proses pemberian bius epidural akan dijalankan.

Suntikan ini akan menembusi RUANG EPIDURAL melalui tiub epidural. Ubat ini akan memberikan kesan kebas pada saraf ibu dari bawah pinggang ke bawah. Walaupun saraf dikebaskan namun saraf otot masih lagi berfungsi supaya ibu mampu meneran sewaktu melahirkan. Kesakitan tak dirasai cuma bila paha anda disentuh, anda masih boleh rasa sentuhan itu namun tekanan sentuhan tu tak dapat dirasakan.

Golongan Wanita Yang Sesuai Diberikan Suntikan Epidural

  • Wanita Yang Kali pertama melahirkan anak
  • Wanita hamil yang telah diberi induksi pitochin untuk mempercepatkan kelahiran bayi.
  • Wanita hamil yang masih muda serta takut untuk melahirkan.
  • Wanita hamil yang mengalami senggugut yang teruk sebelum hamil

Wanita Yang Tidak Boleh Menjalani Procedur Epidural

  • Pesakit yang tidak bersetuju dengan prosedur ini.
  • Wanita hamil yang mengalami jangkitan di bahagian belakang (pada bahagian jarum epidural yang ingin disuntik).
  • Wanita yang mempunyai sejarah pendarahan cair (coagulopathy).
                       

Effect yang aku rasa sampai sekarang, bila hujan lebat aku rasa sangat ngilu kat tulang belakang and bila baring kat lantai aku susah nak bangun !!! tapi keadaan tu semakin lama semakin berkuranglah. Aku ingat lagi time first week lepas deliver tu, aku susah nak bangun if baring kat bawah. Time tu mama aku letak tilam kat lantai and aku tak tido atas katil. So kalau dah baring then nak pusing memang sakit. Rasa macam badan berat sangat. Aku nak bangun, aku akan mintak tolong zam, kak ngah aku atau ayah aku untuk tarik!!! haaaa sengsara jap a few weeks. 

So terpulang pada korang nak ambil atau tak epidural nie !!! Based on yang pernah ambil epidural nie, dorang masih terasa sometimes sakitnya even dah bertahun tahun !!! 




Sel-sel otak mula berhubung !!


Assalamualaikum uoals,

Sekejap je masa berlalu, Anyssa dah pun 5 bulan !!! bulan depan dah boleh bagi dia makan !!! tapi kadang-kadang aku dengan zam bagi je dia makan!! sebab anyssa ni pantang tengok orang makan !! kadang-kadang dia yang tarik makanan kat tangan aku !!! haaaaa korang tengok cerdik ke tak cerdik baby zaman sekarang ??? 

Hari tu daddy dia belikan "baby walker" memandangkan dia kalau meniarap pun pandai pusing pusing , depan belakang!!! dan yang paling mengharukan aku tak boleh nak buat keja sebab dua asyik nak berkepit duduk bawah ketiak aku !!!! haaaa kaa kan ???



Mula-mula letak dalam walker tu dia pelik!! tapi lepas dua tiga gari dia dah pandai main sendiri dalam walker walaupun kadang-kadang dia merengek mintak dukung !!! 

Dan sekarang, habis segala accessories kat rumah kena simpan sebab dah pandai nak menarik !!! yang paling best bila dia pantang tengok aku lipat baju confirm dia saje je datang dekat and langgar baju yang aku lipat -_-!!!! 




Sunday, September 20, 2015

MATERNITY PAD


Assalamualaikum uoals,

Aku rasa ramai mommy to be yang tertanya-tanya apa pad yang sesuai untuk korang pakai lepas bersalin !! even aku pun macam tu jugak !!! aku tak tau nak pakai jenis yang macam mane sebab aku tengok akak ipar aku just guna yang biase je "kotex overnight". 

So aku pun cari inisiatif lain dengan menggunakan incik google sebagai bahan rujukan aku... hehehe. 

Apa yang aku tau, maternity pad ni ada dua jenis !!!  " ADHESIVE & LOOP ".  Okay, biar aku cerita ikut pengalaman aku lah ek !!! 

Adhesive

Loop

Dah nak dekat nak deliver, aku beli maternity pad jenis Adhesive sebab aku tak reti pakai yang loop dan rasa macam menyusahkan !!! tapi akak sedara aku cakap, sesetengah hospital dorang akan mintak kat kita yang jenis loop selepas bersalin. If tak ada, dorang suruh kita bayar pad yang loop kat dorang !!! SEBAB ???? 

Lepas deliver baby korang, nurse akan pakaikan kita pad jenis loop !!! sebab apa ??? memudahkan kerja dorang la kan ??? then kalau nak pakaikan yang adhesive kan ke kena lekat kat panties korang !!! dah sah-sah korang lepas bersalin tu memang pakai kain je.. panties pun tak pakai !!! betul tak ???  tapi, lepas korang dah dihantar ke wad, korang dah boleh tukar pad korang !! itupun kalau korang larat nak jalan ke toilet laaa !!!

Keburukkannya ??? Loop membuatkan kita rasa tak selesa and dia bukannya betul-betul terletak kat "....." kita !!! kalau nak cakap bocor tu memang confirm lah akan bocor !!! dah sah 2 dia just ikat kat pinggang !!! rasa macam pakai cawat pun ade !!! so aku suggestkan kat korang better guna yang adhesive.  Sebabnya ??? sah-sah korang period setiap bulan and selalunya pad yang jual jenis adhesive !!! 

So, terpulanglah apa yang selesa untuk korang !!! hehehehe 


                  ~ thanks for the reading !!! 😚😚😚 ~


SELAMAT PENGANTIN BARU NAZIRUDDIN & NURHANI


Assalamualaikum uoals,


Barakallah kepada kawan baik merangkap seorang abang bagi aku walaupun aku memang ramai abang dalam adik beradik !!! hahahaha .... tahniah DIN & HANI



Kalau dah jodoh tak kemana!!! betul tak ??? ingat lagi, Din nie selalu share problem dengan aku!!! kalau ade awek minat dia pun dia akan cerita kat aku. And aku ??? selaku puan penasihat tak bergaji dia kadang-kadang bagi advice yang kadang-kadang membina dan kadang-kadang agak bangang jugak !!! nasib lah din nie jenis tahan and layan kan aje stok perangai aku yang gila-gila nie !!!! hehehehe

Din yang gila-gila, Hani yang tegas dan pemalu sikit nie akhirnya bertemu jodoh jugak !!!! dengar-dengar cerita dorang nie kena match maker dengan makcik din !!! heheheh "ikan kat laut, asam kat darat.. dalam nasi bertemu jugak !!! " kiranya boleh buat masam asam pedas lah nie !!!! hehehehe Network Engineer dengan Doctor Gigi... lepas nie sakit gigi boleh jumpa Doctor Hani ye !!!





Din " Jaga Hani baik-baik !!!! "

Hani " Jaga Din baik-baik !!! baby Anyssa tak sabar nak tunggu geng baru !!!!! "


~~~SELAMAT PENGANTIN BARU NAZIRUDDIN & NURHANI ~~~

SELAMAT PENGANTIN BARU SYUHADA & FARHAN


Assalamualaikum uoals



Barakallah to my bff since aku kat sekolah teknik!!! hehe manusia pertama yang aku kenal bile masuk sekolah teknik sah-sahlah ko syu !!!! lepas tu baru aku kenal nadh !! hehe dalam masa tak sampai berapa jam jerr kita dah jadi geng kan ??? 

Alhamdulilah, masih bff sampai sekarang walaupun masing-masing tercampak sana sini dek mengejar ilmu kan ??? kaw kat perlis, nadh kat kuantan, aku kat johor!!! haaaaa tapi "ikatan persahabatan masih kuat"... hehehe tak pe, nanti aku kenalkan korang dengan kawan-kawan aku nie !!! 


Okay, berbalik kisah the bride and groom nie... ikutkan kisah yang aku tau laaa tau!!!! dorang nie dah bercinta cinta stok i lap u , u lap me nie since dorang kat UITM Arau lagi, aku tak tanya pulak kat Paan sape ngorat sape !!! tapi aku confirm 70% sah-sah syuhada yang ngorat paan dulu... haha mantikkkk aku kalau salahhh !!!! sebab ape ???? Paan nie pemalu orang nya !! hahaha larikkkkkk 😷😷😷😷😷😷😷

Walau macam mane pun "Paan, jaga kawan aku baik-baik tau !!!! "

Syu, "cepat-cepat join group aku and nadh tauuy !!! baby anyssa and baby mariam tak sabar nak tambah geng nieee !!! "




Tapi dalam Syuhada gembira tempoh alam baru, beberapa minggu lepas dorang nikah bulan 8 hari tu... adik syu (angah) meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya !!!! bagi syu, ibu,ayah and diba.... satu kehilangan yang masih dorang rasai sebab angah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga!!! aku ingat lagi, macam mana wajah syu bila aku datang ziarah angah kat unit forensik HKL. Aku ingat lagi macam mana kesedihan dia!!! bila dia peluk aku luahkan kesedihan dia!!! aku tahan air mata sebab aku tak nak dia lagi sedih. Walau bagaimanapun kehidupan harus di teruskan !!! Al fatihah untuk arwah angah. 




Lastly, haruslah ade gambar family kecik aku !!!! hehehehe 


Sila abaikan aku yang dah mengembang tu !!! huhuhu menci !!!! nak kurus balik !!! huwaaaaa

SELAMAT PENGANTIN BARU SYUHADA ASSILA & MOHD FARHAN 

Thursday, September 17, 2015

5 bulan


Assalamualaikum uoals,


Rasa sekejap je masa berlalu, parut kat perut pun tak hilang lagi!!! 15 sept hari tu Anyssa dah 5 bulan. Alhamdulilah, membesar dengan sihat dan jayanya!!! aku bawak pegi check up, berat pun dah semakin naik !!! senget pinggang mommy nak dukung awak nak oiiii 😆😆 


Limited edition yang paling payah mommy nak keluarkan awak!!! lastly, keluar jugak seketul budak comot nie !!!