Thursday, September 11, 2014

Throwback ~ Majlis Bertandang (Pihak Lelaki)



Assalamualaikum uoals,


Alhamdulilah, Majlis bertandang  di pihak lelaki pun dah selamat berlangsung.
Pada 2 August 2014 di Juasseh Tengah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Maka tamatlah segala pening dan stress kami berdua.
Maklumlah, selagi majlis tak habis, 
Selagi tu lah masing-masing stress,
Itu tak siap..ini tak settle...
Tapi Alhamdulilah,
Majlis berjalan dengan lancarnya...

Terima kasih kepada semua yang hadir,
Family, saudara mara dan kawan-kawan yang hadir.
Kali nie family emma dapat berkumpul semua.
Coz time majlis kat KL haritu akak ipar emma tak dapat nak datang coz anak buah emma demam.
Kali nie, family potrait penuh one family...
Dari mak ayah, adik beradik sampai ke anak buah .. cukup Frame :)

Terima kasih kepada family suami yang bertungkus lumus 
Untuk majlis kami :)


Lastly, khas untuk korang...

:)

Penipuan Peniaga Online



Assalamualaikum uoals,


Setiap hari kalau bukak segala jenis media sosial, memang berlambak-lambak peniaga online nie.  Kadang-kadang kita rasa was-was jugak bila harga yang di tawarkan sangat murah berbanding harga asal !! But dalam rasa was-was tu, tertarik jugak bila dengar harga yang murah !! betul tak ???

Dan ramai jugak peniaga online yang mengaut keuntungan melalui hasil dari penipuan kepada customer !! Dan i'm one of the person yang dah tertipu... choii betul !!! dahlah time tu nak dekat raya, so semangatlah duk survey-survey baju raya.. then tertarik pulak dengan one of baju kurung cotton nie, harga dia pun lebih kurang je dengan harga kat Uptown Danau Kota, tapi memandangkan incik suami tu jenis yang tak berminat nak bersesak-sesak..so dengan gigih dan redhanya order lah kat sorang manusia nie melalui online.

Procedure macam biasalah, buat booking ~ made payment ~ received item .  Tapi yang menyakitkan hatinya emma tak dapat pun tracking number, lepas tu dia boleh cakap lambat sikit pos sebab supplier dia tak bagi barang lagi... okay fine, baru tau yang mangkuk nie Dropship jer !!! dalam hati dah rasa macam-macam da... tunggu lagi tapi tak sampai-sampai parcel.. even parcel adik emma pun dah sampai..(tapi order dengan orang lainlah).  Tanya dia tapi tak reply-reply.. lambat baru dia nak reply dengan bagi tracking number yang mengatakan dah pos item. 

So emma check tracking number dengan pos laju, okay fine... kencing je mangkuk nie... tracking number tu dah guna on may 2014. Message mangkuk nie, marah-marah dia... then dia cakap dia kena tipu dengan supplier and promise nak pulangkan balik duit... Pulangkan ???? hahahhahaha sampai sekarang tak dapat-dapat duit tu...!!! Nasib baiklah tak kena tipu macam orang lain sampai beratus-ratus !! 



Buat check dengan polis, rupa-rupanya nama dia dah blacklist dan memang dah tipu ramai customer !! 

So, sekarang serius nak beli online pun macam dah tak berani lagi... huwaaa sayang tu duit burn macam tu jer !!



Nota kecik ~ Kepada si penipu, makanlah duit haram banyak-banyak tau.. bagi kembung perut tu.. Ingat Allah bayar CASH kat dunia nie, sekarang selamat lagi..esok lusa kita tak tahu... sorrylah nak halalkan duit yang dah hangus tu memang tak lah.. so silalah cari saya di Akhirat Kelak. InsyaAllah