Monday, May 26, 2014

Procedure borang nikah



Assalamualaikum uoals,


Semenjak bz nk kawen.. kalau tulis blog sah-sah pasal kawen jugak
Hope korang tak boring nak baca ye...
Okay, emma nak share dengan korang Procedure borang kawen...
Serius, ada tempat yang kadang-kadang memeningkan kepala,
Tapi alhamdulilah... segala urusan di permudahkan.


First step

Korang kena dapatkan borang nikah dulu melalui korang just download jer dari page pejabat agama islam or korang kena amik sendiri form tu kat Jawi.. bagi Emma memandangkan emma kat Kl so just download jer. Tapi incik tunang kena amik form kat pejabat agama negeri sembilan (ikut kelahiran korang).

Second Step

Sila buat test HIV di klinik/hospital kerajaan. Make sure korang bawak boranf untuk Hiv test tu yer. Procedure just 30 minit jer......

Third Step

Pasangan korang (lelaki) kena settelkan dulu dokumen dorang then dapatkan cop pengesahan dari iman masjid (jurunikah berdaftar) make sure segala dokumen lengkap.

Forth Step

Pasangan korang (lelaki) kena hantar form kawen tu ke pejabat agama daerah.  Dokumen yang wajib ada time hantar, salinan ic, sijil kursus kahwin, surat akuan bujang, dan yang paling penting form kawen yang dah ditandatangan jurunikah berdaftar. Ada sesetengah tempat boleh dapat surat kebenaran untuk berkahwin dalam hari yang sama, ada tu kena tunggu 3-7 hari bekerja. Opsss, jangan lupa bayar rm 25 utk procedure surat kebenaran berkahwin yer....





Fifth Step

Once dah dapat surat kebenaran berkahwin dari pihak lelaki barulah pihak perempuan punya urusan pulak. Procedure yang sama dengan lelaki... tapi time korang jumpe jurunikah tu kena bawak wali tau. (untuk perempuan sahaja)

Sixth Step

Dah dapat sign dari jurunikah, korang kena hantar form tu ke pejabat agama daerah korang untuk dapatkan kebenaran untuk berkahwin bagi pihak perempuan. Dokumen yang perlu ada, ic (perempuan dan pasangan), ic wali, surat nikah ibu bapa, sijil kursus kawen, surat kebenaran berkahwin dari pihak lelaki, dan form yang telah ditandatangan oleh jurunikah. Kena bayar rm25 jugak tau....

Sevent Step

Pihak perempuan kena hantar surat kebenaran berkahwin ke jurunikah semula, selepas itu jurunikah akan bagi tarikh dan masa (biasenye jurunikah akan tanya bile date kita nak nikah)

Lepas tu..... Selamat Pengantin Baru ╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ 

Thursday, May 15, 2014

first time tulis puisi


Assalamualaikum.... hi readers (⊙o⊙)


Emma nak share dengan korang tentang satu minat emma
Sebenarnya, dah lama tak asah bakat ni
Tapi, memandangkan mood tengah baik
Nak ajak korang layan satu puisu....
Cewahhh tetiba mood jiwang karat jap....



*************************************

Kasih,
Demi cinta kau datang bertemuku,
Kasih,
Tiap masa kau pulang ku merinduimu,
Dan kasih,
Umpama bintang yang bersinar,
Walau dalam kabus,
Menerangi dan memimpin ke cahaya yang tulus...

*************************************


Okay, cukuplah bagi satu rangkap dulu....
hehe any comment readers ????




Wednesday, May 14, 2014

Walimatul Urus Emma & Dr Afizam


Assalamualaikum... hi readers!!!  (⊙o⊙)



Memandangkan dah tak lama je lagi,
So emma nak invite follower, readers, silent readers, stalker
Yang mengenali dan baru kenal Emma
Korang semua di jemput untuk......
Ke majlis resepsi Emma & Dr Afizam
Pada 15 june 2014,
Di Dewan Tun Hamdan Syeikh Tahir, Bangunan Wisma Sejarah, Jln Tun Razak,KL
Bagi siapa-siapa yang nak kad jemputan,
korang boleh bagi address or email address korang ye.
Hope korang semua dapat hadir.




persediaan sebelum kahwin



assalamualaikum uoals,



serius rindu sangat nak update blog,
kalau orang cakap blog bersawang,
memang dah bersawang-sawang pun,
pejam celik tak sedar,
masa semaukin menghampiri...
cepat betul masa berlalu,
sedar-sedar je tinggal sebulan je lagi,
bakal bertukar status,
status yang membawa perubahan yang sangat besar dalam hidup emma,
kadang-kadang rasa macam still bermimpi!!!
dan incik tunang selalu ingatkan yang emma tak pernah bermimpi !!! okay, confius giler.... (⊙o⊙)
persediaan???
ya Allah... hanya tuhan yang tahu,
gelora,gundah gulana,resah, semua ada,
fizikal dan mental kena selari...
memang semua bride to be akan rasa macam ni ke???