Tuesday, August 28, 2012

Lelaki yang berusia, tahap kegatalan sangat tinggi !!!



Assalamualaikum uoals,

Cuaca yang sangat sejuk pagi nie,
Dek kerana hujan yang lebat pagi tadi...
Membuatkan diri seolah-olah nak tarik selimut balik jer...
Okay, Emma nak share dengan korang...
Tentang satu fakta !!
Korang SETUJU  tak bila emma  cakap,
"Lelaki yang berusia, tahap kegatalan mereka sangat tinggi "
Okay lelaki yang berusia nie bukanlah tahap yang stok atok-atok..
But around 30 ++ macam tu la...
Tapi tu lah hakikatnya,
Pantang tengok perempuan,
Mesti nak try...


Monday, August 27, 2012

Emma kembali lagi



Assalamualaikum uoals,


Hi all, 
I'm back :)
hehehhehe setelah seminggu bercuti semperna Hari Raya,
Maka blog pun bercuti jugak :)
Did anyone miss me ???? hehehehehe
Mood mintak penampar laju-laju je nie... hehehheheh
Bukan malas, tapi mood nak menghadap laptop tu....alahai.....
Semangat beraya lebih tinggi...
But yang nyata walaupun blog bercuti...
Emma tetap aktif di Twitter or Facebook... hehehehhehe
Nantikan celoteh tanpa henti dari si mulut kecik nie... hehehehhe



Friday, August 17, 2012

Ehem..ehem... korang jangan jeles ek ??



Assalamualaikum uoalssss,

Mood nak raya dah semakin tinggi..
Lagi 2 hari nak raya.. yeayyy
Semalam... meredah lagi lautan manusia kat Jalan TAR..
Semata-mata kena teman anak buah beli baju raya...
Kesesakan kat sana memang tak payah cakap la...
Kaki asyik kena pijak jer...
Betul-betul menguji kesabaran..
Tapi berbaloi jugak...
Bila dapat baju...
Dapat jugak jumpa fav actor....

ouchhh Fizo Omar.. hahahahhahaha suka..suka..suka

With Karl Shafiq.. eh bagi makan keropok ikan jerk.. kedekut betul celebrity master cheff nie

Tuu dia.. anak buah yang jeles... nak jugak dengan Fizo Omar
Mood raya dah semakin tinggi..
Baju raya dah siap..
Duit raya pun dah siap... hahhahaha


Thursday, August 16, 2012

Shopping time !!!


Assalamualaikum uoals,


Mood raya semakin tinggi..
Heheheh nak pergi kerja pun dah malas..
Shopping raya ???
Ahaaaa confirm la sudah,..
2 hari En sayang balik KL..
So dua hari jugaklah meredah lautan manusia 
Hanya semata-mata nak cari baju...
Sesak memang lah sesak..
Tapi bila ingat balik.. tu lah kenangan.. 
Memang best... sampai juling biji mata nak cari baju..
Hahahhaha sambil jalan mata memandang ke kiri dan kanan
En sayang duk pegang tangan... dah tau da.. confirm kes jatuh tersungkur or langgar orang ramai..
Bayangkan.. hanya nak mencari sehelai baju kurung and sehelai baju melayu...
Kteorang boleh pusing jalan TAR tu sampai 3x round..
Hahhahaha hebat tak ????
Sampai kaki tu dah duk mengheret je....
Memang tak larat... hahahhaha nasib la En sayang kena tolong urut kaki..
Kalau tak confirm lebam punya...
Anyway, dapat jugak baju idaman hati :)

Time tgh berpenat lelah jalan nak cari baju...
Tiba-tiba nampak pulak....
Eh.eh.....

Okay fine, Hazama bibir terlalu gelap.. banyak sangar merokok nie...

Erul... dah macam korean jer style dia... 

Nota kecik : windu la pulak... 2 hari jerk dapat jumpa ??? alahai sedih nya.....




Kad Raya untuk Blogger :)



Assalamualaikum uoals,

Tak lama je lagi kita semua akan meninggalkan builan Ramadhan 
Bulan yang penuh dengan keberkatan
Dan Bulan Syawal akan menjelma
Kat sini,
Emma nak ambil kesempatan 
Untuk memohon maaf seandainya ada yang Emma tulis dalam blog nie
Mengguris hati para pembaca...
Salam Aidilfitri 
Dengan ingatan tulus ikhlas 
Maaf Zahir dan Batin


Tuesday, August 14, 2012

Tertanya-tanya ???



Assalamualaikum uoals,



Sekarang ramai artis dan personaliti tv berhijrah mengenakan hijab...
Dalam hati tertanya-tanya,
Bila agaknya perubahan tu akan berlaku..
Terlalu banyak tanda tanya...
Sedangkan dalam hati dah terniat dan nak berubah..
Tapi kenapa  tak buat jugak ???
Banyak sangat pengaruh macam nie..
Dan bila kawan-kawan tanya..
" Bila nak pakai tudung ??? "
Sentap... dan diam...
Lalu... " InsyaAllah, dalam masa terdekat nie "
Memang betul, berhijab tuntutan dalam Islam..
Walaupun kita pakai kerana terpaksa..
Tapi bila agaknya keinsafan dalam diri nak berlaku ???



Berdoa semoga Allah permudahkan segala yang di ingini.. amin


IFTAR lagi ???


Assalamualaikum uoals,

Okay, mood nak raya semakin menyerlah...
So banyak pulak event bukak puasa kat luar...
Hari tu dah makan kat Restoran Suasana kat Bangsar,
Then nie... yang terbaru.. kat Sani Char Keow Teow, Titiwangsa pulak..



Sementara menanti nak berbuka, layan whatsapp dengan En sayang dulu.. hehehheheh



Tuuuu dia... makan tak ingat dunia... kenyang jugak.. alhamdullilah..

So hari nie nak berbuka kat mana pulak ???





Monday, August 13, 2012

Ifftar with my lovely bestfren



Assalamualaikum uoals,


Okay, last weekend di habiskan dengan shopping with my lovely bestfren :)
So lokasi utama nak makan tomyam..
So apa lagi... Restoran Suasana jadi pilihan :)


Sesi cari buah laici

Lambat nyerrr nak berbukaaaaa

lapar sangat da tuuu

meh..meh.. sape nak laici...???

Peace no war 

Terliur tengok Tembikai laici 
Posing jap before berbuka... tuuuu dia penuh satu meja :)
Have  fun walaupun tak semua ada ...
Coz masing-masing ade keje.... 
Tak pe.. next time kita arrange balik ek ???


Sesi memborong Yana Super Cookies



Assalamualaikum uoals,


Mood keterujaan bila kat timeline twitter penuh dengan #YanaSuperCookies.
So semalam, memandangkan dah alang-alang nak pegi uptown,
So singgah lah sekejap kat kedai Yana...
And Yana memang sangat-sangat cute..:)
Tak sombong pun...
Sempat jugaklah kteorang berborak and snap pic :)
Mood keterujaan bila dapat jumpa Yana...
Ngeee my fav actress :)

Okay fine, muka agak kesengalan sebab terlalu kenyang :)

Thursday, August 9, 2012

Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...



Assalamualaikum kawan-kawan

Okay, Blogger Eqbal Zack buat contest :)
" Tulis ucapan Hari Raya untuk Eqbal Zack ................"
But, korang kena guna ayat yang creative la...
Emma dah join !!
Korang bila lagi ????


Okay Emma nak tag Ayu Iman

Nak tau lagi ???? klik kat sini

Tuesday, August 7, 2012

S.A.H.A.B.A.T


Assalamualaikum uoals,

Mood terharu sangat :)
Pagi tadi my best fren share one video to us..
Sangat-sangat membuatkan air mata menitis..
Yerlah... dari video tu nampak setiap perubahan dalam kisah hidup kitaorang semua..
Perjalanan hidup yang penuh suka, duka
Kitaorang tempuh bersama-sama..
Kadang-kadang bila di ingat balik...
Alangkah indah nya sebuah kenangan...
Tapi sayang,
Masa tak dapat nak di putarkan kembali..
Kenangan manis sukar nak di ulang kembali...
Apa yang mampu...
Menatap wajah-wajah bahagia...
Gelak ketawa... menanggis bersama...
Dan hanya kerana itu...
Kita tetap SAHABAT dunia dan akhirat...



Baskin Robbin bagi ICE CREAM FREE



Assalamualaikum uoals,


Okay, pagi tadi DLCW selamat tiba di tanah air.
Sempat jugaklah dengar kat HOT FM otw nak pergi office tadi.
Lebih kurang 5 ribu penyokong DLCW yang ada kat KLIA nak sambut 2nd Juara Dunia :)
Walaupun tewas di tangan Lin Dan,
Baskin Robbin tetap memberikan ICE CREAM percuma esok bermula jam 8-10 pm
So, bagi siapa yang nak makan ice cream FREE boleh serbu ramai-ramai.


Blog bertukar !!!!!!!!!!!



Assalamualaikum uoals,

Salam 18 Ramadhan :)
Korang puasa tak hari nie ???
Okay jangan ponteng puasa ek !!!
Eh..eh..jap..jap...
Korang nampak tak sesuatu yang lain kat blog nie ???
hehehhehe Blog bertukar rupa sekejap...
Korang boleh tolong comment tak ?? hehehhe
Tak kisah nak kritik yang negative or positive :)
Emma nak tau pandangan korang jer...
Nie mood gatal-gatal pagi tadi nak tukar citarasa jap...
Okay ke tak ek ???
Comment yang jujur please... hehehehhehe
Sayanggggg korang.. muuuuahhh !!!


Monday, August 6, 2012

6 days more...


Assalamualaikum uoals,


Mood tak sabar menunggu,
En sayang will back 6 days more left :)
Wuhaaa rindu nye...


eh, tetiba mood gedix sangat nie ape kes ???

Salam Nuzul Quran



Assalamualaikum kawan-kawan

Salam Nuzul Quran,
Korang tau tak apa itu Nuzul Quran ???
Okay, ia berlaku pada 17 Ramadhan 
Di mana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. 
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.




Info : Islam itu aman damai 


Kekecewaan di rasai seluruh Rakyat Malaysia



Assalamualaikum uoals,


Semalam, jutaan rakyat Malaysia merasai kekecewaan ...
Apabila Dato Lee Chong Wei gagal merebut emas di tangan Lin Dan,
Wuhaaa menjerit-jerit jugaklah semalam  coz kekalahan tipis tu...
Walau apa pun confirm korang kecewa bila tak dapat makan ice cream Baskin Robbin FREE kan ???


Walau apa pun, 
DLCW tetap juara bagi rakyat Malaysia :)


Kisah bila nak shopping RAYA !!



Assalamualaikum uoalsss,

Setiap kali menjelang musim perayaan,
Siapa yang paling busy skali ???
Hhehehe dah sah-sah kaum wanita kan ???
Mana nak cari kuih raya,
Mana nak cari baju raya lagi, kiranya semua nak raya !!
Jeng..jeng..jeng... Emma pun macam tu jugak,
On last weekend sempatlah ambil kesempatan bershopping with my lovely sister :)
Maklumlah baru dapat gaji... so apa lagi ???
Kosongkan walletlah nampaknya.
But berjam-jam jalan,
Nak cari harga yang berpatutan dan berkualiti memang payah,
Kadang-kadang tu tengok, 
Baju fesyen lama tapi harga mak aiiii,
Baju kanak-kanaklah yang paling mahal..
Sudah nya.. menggigil la tangan nie nak keluar duit untuk beli baju raya untuk 11 orang anak buah...
Seram sejuk jadi nye,
Bayangkanlah... baju kanak-kanak lagi mahal dari baju orang dewasa !!
Nak tak nak, kena belilah jugak...
But, berkat kesabaran Emma and sis,
Dapat jugak kteorang baju yang berkualiti dengan harga yang dorang bagi...
Tu pun lepas sesi tawar menawar,
Tak nak bagi harga yang kteorang mintak.. apa lagi..angkat kaki...
Okay, yang nyata.. untuk anak buah and my sis dah settel..
Untuk diri sendiri pulak yang tak ada !! adehhh
But, tak pelah ... lagi 7 hari En sayang nak balik daaa...
So boleh pergi shopping dengan dia pulak..
Time tu barulah mengosongkan wallet En sayang pulak :)




Bila " TIZ ZAKIAH " menyanyi !!!



Assalamualaikum uoals,

Salam Ramadhan ke 17,
Korang puasa tak hari nie ???
Haaaa jangan ponteng puasa okay :)
Opsss before Emma terlupa,
Okay, Emma sangat-sangat admire dengan TIZ ZAKIAH since drama NUR KASIH lagi..
And once bila nama dia semakin naik dengan cerita DEJAVU di Kinabalu,
Duk bukak youtube, 
Sekali terpandang pulak cover by TIZ ZAKIAH
And serius suara dia memang best !!
Kalau TIZ cuba jadi penyanyi pun okay jugak !! 
Tak percaya ??? Okay korang just klik kat link bawah tu... ^_^




Friday, August 3, 2012

Lagu RAYA pilihan korang ???


Assalamualaikum kawan-kawan


Mood nak berhari RAYA semakin tinggi.
Masing-masing dah semangat duk tukar ringtone RAYA
Yang nyata, lagu raya dulu-dulu lebih sedap di dengar dari lagu raya sekarang !!!

SESUCI LEBARAN - DATO' SITI NURHALIZA

BALIK KAMPUNG - SUDIRMAN
SELAMAT HARI RAYA - RAHIMAH RAHIM
MENJELANG HARI RAYA - DJ DAVE
DENDANG PERANTAU - P RAMLEE
SUATU HARI DI HARI RAYA - DATO' M NASIR
SUASANA HARI RAYA - ANUAR & ELINA
SELAMAT HARI RAYA - SALOMA
Yang lama lebih menusuk hati kan ???
Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya :)

Dah bayar zakat ker ???



Assalamualaikum kawan-kawan

Dah bayar zakat fitrah ke ??/

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”


5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
~ Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
~ Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
~ Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
~ Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
~ Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

PLASTIC SURGERY jadi kegilaan wanita !!!!



Assalamualaikum kawan-kawan


Just nak share dengan korang,
Zaman sekarang nie...
Ramai dah yang tak tahu nak bersyukur dengan kurniaan Allah !!
Apa yang dah di beri nak di ubah !!
Apa yang tak cukup nak di tambah...
Apa yang lebih nak di kurangkan...
And yang paling ketara adalah sindrom buat Plastic Surgery !!
Adehhhh, dah cantik pun setiap ciptaan Allah tu..
Kenapa nak di ubah ???
Even, mak bapak pun menggalakan anak-anak dorang buat Plastic Surgery nie !!!

Korang tengok !!
Apa kesan yang bakal korang dapat ???





Ciptaan Sains tak kekal,
Setiap yang di ubah pasti akan ada kesannya !!
Yang nyata,
Ciptaan ALLAH SWT adalah yang paling agung !!


Thursday, August 2, 2012

JEREBU !!!


Assalamualaikum kawan-kawan

Kuala Lumpur di landa JEREBU lagi...
Pagi-pagi penglihatan pun tak jelas sangat !!
Siapa yang duduk kat atas bukit confirm tak nampak bawah punya...
Setiap tahun mesti ada jerebu kan ???
Tahun nie hutan di Kalimantan Indonesia terbakar lagi !!!


Wednesday, August 1, 2012

Waiting for his back !!!



Assalamualaikum kawan-kawan


Mood menunggu si dia balik KL...
Wuhaaa tak sabar nye...
Unfortunately, dia x confirm lagi flight bila... sangat sedih !!!
Padehal tak sampai sebulan pun dia balik :(
Tapi rasa macam lama jer...
Hurm tak sabar nak tunggu pergi shopping raya dengan dia...
Sesi menghabiskan duit dia...
Yeayyyy
Last year dapat baju kebaya !!
Tahun nie nak pow apa pulak ek ????
Apa pun menanti dengan penuh sabar.. InsyaAllah :)



Jualan Kuih Raya !!!!



Assalamualaikum kawan-kawan


Salam Ramadhan ke 13,
So lagi 17 hari nak menyambut Syawal.
Musim gaji pulak sekarang nie,
Maklumlah awal bulan :)
Poket pun tengah tebal lagi.. betul tak ??
Mood nak raya pun semakin tinggi.. hehehhe angguk kepala cepat !!! :)
So... tumpang lalu and tumpang baca jap ek 
" Akak-akak, abang-abang, pak cik, mak cik, adik, atok, nenek... 
Emma datang bukan nak jual minyak urat, minyak angin atau sebarang minyak !! 
Jual carpet pun bukan !!! hehehehhee
Tapi Emma datang nak jual KUIH RAYA :)
Okay, kuih nie home made dari akak Emma... so Emma just tolong jualkan and tolong sikit-sikit la....



KUIH TIRAM/KUIH ROKET/KUIH KAPAL TERBANG
100 PCS ~ RM 20 



TART NENAS
100 PCS ~ RM 28



So bagi siapa yang berminat boleh order kat Emma :)
Korang boleh email : nurazimah.emma@gmail.com but make sure jangan lupa tinggalkan comment kat link nie ek... senang sikit emma nak tau korang sapa... hehehhehehe

" Selamat bershopping !!! "