Friday, July 29, 2011

SELAMAT BERPUASA


2 Hari lagi kita akan menjalani ibadah puasa. So kepada yang suka ponteng-ponteng puasa tu tahun nie penuh-penuhkan puasa korang ek ??? Jangan lupa solat terawih !! hahahah insyaAllah if berkesempatan and tak balik dari ofis lambat boleh lah Emma buat solat terawih tu !! kalau tak memang tidolah jawab neyr.. ish teruk kan ??? tak patut..tak patut...

Bila ingat nak puasa ni ingat lagi cerita tima kecik-kecik dulu !! hahahaha memang selalu mengelat nak puasa !! ahahhaha pagi-pagi bangun sahur konon-konon nyer puasalah esok nyer.. hahaha bla tengah hari jer dah berbuka.  Yerlah dengar azan zohor so rasanya dah boleh berbuka. Bila mama tahu, hahah teruk kena marah !! Tu kisah time kecik-kecik ok time nak belajar berpuasa!! Sekarang tak lagi. hahahah :p

Tapi tulah yang orang perempuan nie mesti ada masa terkecuali dari berpuasa kan ??? so time nak makan tu kenalah sorok-sorok sket time Emma study dulu !! ahhahah malulah nanti student lelaki bahan yang tak puasa nie !!! But bila masuk U, dekat-dekat nak raya adalah student yang ambil kesempatan jual kuih raya. Time tulah nak bagi tester !! itulah untungnya orang yang tak berpuasa, dapat rasa terus sedap ke tak !! ahahhaha so sape yang nak order tu akan tanya kat sape yang dah rasa tester tu sedap ke tak !! If kata sedap haaa pakat ramai-ramai beli :p 

And time bulan puasa nielah banyak angat cobaan nyer!! Cobaan nafsu !! hahahah tengok air macam sedap, kuih macam best, dan akhirnya beli segala yang ada tapi makan nya tidak !! selalu Emma tengok orang membzir macam tu. Belilah mana yang kita betul-betul nak makan !! banyak sangat hasutan nie!! :P

Macam panjang pulak Emma membebel petang nie!! Maklumlah tak sempat nak bukak blog pun pagi tadi !!! banyak sangat keje kat office nie !! :p anyway, "SELAMAT BERPUASA "


Kisah Hari ini

05.31pm@Bangsar




Hari ni ramai yang Emma tengok tersenguk-senguk kat dalam train. Mungkin penangan Harimau Malaya yang kena terkam dengan Singa pandai berpura-pura membuatkan kemalasan  tahap melanda nak pergi keje pagi tadi !! Tambah pulak dengan hujan lebat seolah-olah menangisi kekalahan skuad Malaysia malam tadi. Tak pelah kalah bermaruah tak pe !! Chayok..chayok !! And Emma pun hampir-hampir terlajak tido pagi tadi. Solat subuh tak payah cakap lah memang miss !! ops!!!


waaa macam tak percaya pulak malam tadi Emma boleh pergi stadium tengok Bola. And sempatlah jumpa dengan Amirul Hadi malam tadi... yeay (Ieda memang jeles !! ).  Walaupun penuh sesak dengan lautan manusia namun Emma redah jugak semata-mata nak tengok and merasai pengalaman secara live !! dan akhirnya tercapai !! lepas nie confirm nak pergi lagi !! hahahaha :p 


Lautan manusia di Stadium Nasional Bukit Jalil

90 000 peyokong Harimau Malaya


Syok gile and happening bila tengok kat stadium dari kat rumah coz dapat rasa sendiri and tengok taktik-taktir kotor secar live yang tak ada dalam tv. !! hahahah dan Emma pun sempatlah melompat-lompat atas kerusi dengan Cik Shida bila Malaysia dapat jaringkan 1 gol. ahhahahha  :P nasib baik tak jatuh kerusi wawawawa


Jeritan kegembiraan bila Malaysia score goll

sesi bergambar aktiviti wajib

with jersey Malaysia


Bersesak dalam train
Sempat bergambar dalam train yang penuh sesak dengan lautan manusia dalam train. Semangat 1 Malaysia !! hahahah 
Tetap tersenyum walaupun kalah
Walaupun kalah tetap tersenyum. Lebih happy bila dapat jumpa Amirul Hadi. hahahaha 

Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !



Join segmen lagi !!! weeee :p Hurm nie blog baru lah... banyak lagi yang Emma tengah belajar. But if korang nak tengok blog kaler purple and tahu tentang life Emma boleh redah blog nie ek ??? weee :P



Jangan jeles okay ???

11.30am@Bangsar


Jari jemari begitu ligat menari-nari di keyboard kesayangan Emma. Bila nak melangkah pergi kerja dengan penuh semangat sambil tersenyum manja kepada mama Emma sambil berkata 


" Mama, hari nie orang balik lambat ek ??? " dan sebagai ibu yang sangat memahami anak nya lalu berkata " yerlah, jangan balik lambat sangat !! Tengok bola jangan beriya-iya sangat !! Awak tu anak dara !! " hehehhe sambil tersengih Emma tabik hormat kepada Mama " Okay boss !! " lalu Emma melangkah dengan pakaian yang memang simple gile menuju ke ofis !! wawawawa ** Opsss salam orang tua before keluar rumah tu penting !! amik berkat !! :p 


Tiba sahaja di Lrt Bangsar, Cik Ieda datang dengan muka yang sangat bengang + jeles + waaa tak aci !! hahahahha sebenarnya bukan dia jeles sebab apa pun !!Dia jeles sebab tak dapat join kteorang tengok bola kat stadium !! Waaaaa jangan jeles Ieda !! :p



Ni ticket kami !!! weeee ada lagi kat Dalnish and yang lain-lain



Perasaan jeles Ieda lagi lah membara-bara bagaikan gunung berapi nak meletup atau pun bagaikan tsunami nak melanda !! ahhahaha huru hara jadi nya bila Incik Ghanzzzz tag ticket bolah kat fb... hahahhaha lagilah dia bengang !! hahahhaha



Kasi zoom sket biar Ieda panazzzz !!!

Dan bila Emma tunjuk Emma ada jersey Malaysia lagi lah bertambah-tambah rasa sakit hati nya... hahhahahah syok gile buat Cik Ieda nie sakit hati kan ??? hahahahhaha :p





Kurang lagi 9 jam jer lagi perlawanan Malaysia vs Singapore !! ( Harimau lawan Singa mana lagi kuat ek ??? ) Tu kena tunggu malam nie !! Waaa semangat nak buat keje dah kurang-kurang sket nie !! Macam mane ?? tak sabar jer nak pergi Bukit Jalil Petang nanti !! wawawawa


Semoga kejayaan menjadi milik Malaysia. Aminnnn  chayok..chayok !! Harimau Malaya



Wednesday, July 27, 2011

Malaysia Vs Singapore yeay dapat ticket !!

03.57 pm@Bangsar

Ramai yang merungut sebab tak dapat beli tiket untuk perlawanan Malaysia Vs Singapore malam esok di Stadium Bukit Jalil.. Hope kejayaan milik Malaysia, kalau tak buat rugi jer Emma beli tiket. Hahahaha kalau nak di ikutkan memang malas nak tengok kat stadium,  yerlah kesian lah kat ayah Emma tak de geng nak sorak gol !! hahahah selalunya Emma lah anak yang selalu teman dia tengok bola. Dulu Emma tak lah minat sangat tengok bola !! Tapi bila ada siaran langsung bola ayah Emma akan tukar siaran kat tv. so if korang tengah syok-syok tengok cerita feveret korang tiba-tiba kena tukar channel sure marah kan ??? But ni ayah kan.. mana boleh nak marah!! ** tak pasal-pasal kena sekeh pulak :p heheheh so start dari segala peristiwa tulah Emma pun mula minat bola malah dah boleh mengenali sape player-player dorang.


So esok, for the first time ** hahhaha malu seh, nampak sangat tak penah tengok kat stadium.. hahahahah I will be one of the audience at " Grandstand Bukit Jalil" hahhah thank you to my friend Ghanz sebab sanggup beratur untuk beli ticket.  ** wa suspek la lu... hahhahaha

And sangat bersemangat lah pulak bila Ghanz sanggup belikan Jersey Malaysia untuk kita orang... waaa gila lah. Emma pun tak pernah bermimpi nak beli jersey Malaysia. hahahahha :p





Nota kecik : Kepada ayah kesayangan ku... sowwy tak dapat teman ayah. hehhehehe :P


Well, hope kemenangan berpihak pada Malaysia !!! Amin 

BEN ASHAARI CARI SAPA TEPAT DAN PANTAS !


Segmen terbaru abg ben.... Emma join lagi :P

Dan jawapan nyer adalah Bendera Malaysia

Tuesday, July 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU


Emma join segmen lagi. Walaupun agak bz namun sempat curi-curi masa join segmen Abg Ben.. :p

Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Emma join segmen lagi. Dulu pernah join dah segmen nie..Kali ni nak join lagi... !!! hehehe






Blogger baru yang masih belajar tentang dunia blogging!! Segala komen dan pandangan sangat-sangat di alu-alukan :p hahahha 



Super Impose di Internet

11.30am@Bangsar


Jari jemari begitu lincah menari-nari hari nie. Mungkin disebabkan boss yang tak masuk office lagi maka keje pun tak lah banyak :P Sedang melayari internet dengan membuka Facebook tiba-tiba Emma dikejutkan dengan berita yang agak mengaibkan. Bila gambar di super impose!!! Sape????? Alhamdullilah ia buakn gambara Emma tapi ia telah menimpa ke atas kawan baik Emma. Kejam nyer orang yang buat tu kan ??? 






Nasib baik tindakan awal dah buat, Account fb tu dah di block!! Apalah yang dengki sangat orang tu nak aibkan orang lain macam tu !! Ish pagi-pagi lagi dah buat panas hati jer... siap kau mangkuk !! menjawab lah kau dengan Tuhan nanti ok???


Ni zaman 2011, bukan zaman 1990 lah.. takkan lah orang tak boleh nak fikir gambar tu gambar super impose !! ish..ish.. kesian kat kawan Emma nie !! Nasib baiklah kawan-kawan sekeliling bagi support kat dia. If not jadilah macam kawan Emma yang sebelum nie berkurung dalam rumah. Malu nak keluar rumah !! Walaupun tu bukan salah dia!! Tapi sebab orang yang dengki dia jadi malu nak berdepan dengan orang ramai!! 


Kalau nak letak image untuk arah kebaikkan tak perlah. Ni untuk memalukan orang lain !! Please lupakan jer niat macam tu !! tak baik menganiaya orang. Esok-esok korang dapat balasan yang lebih teruk dari apa yang korang buat!!



Friday, July 22, 2011

Bila Lensa Kamera Di depan

03.10pm@Bangsar


Ini lah salah satu tabiat Emma and kawan-kawan. Bila Lensa kamera di depan kami maka terhasil lah gambar-gambar macam nie !!!











Bahasa Inggeris sama penting dengan Bahasa Melayu

11.20am@Bangsar

Jari jemari hari nie masih begitu ghairah menari-nari di papan keyboard. Di tambah dengan perasaan yang sangat-sangat happy... wah dahsyat !! ahahah topik hari nie ????  "Bahasa Inggeris sama penting dengan Bahasa Melayu " betul atau tak ???

Tapi itulah yang dinamakan hakikat !! Bukan kita nak mengagung-agungkan bahasa luar. Tapi Bahasa Inggeris kan bahasa internasional. So tak hairanlah bila ada sesetengah company yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa dalam pejabat !!



Bagi yang tak berapa nak fasih sangat bertutur dalam English ha mulalah tergeliat lidah nak menyebutnya.  Hahhahah Emma pun penah merasa  jugak situasi yang sama!! Kadang-kadang kita rasa malu sebab tak teror cakap  " orang putih ". Tapi secara logiknya, kita tak perlu nak ada rasa malu. Sebaliknya kita kena berusaha untuk menguasai bahasa tersebut !!

Ingat lagi time Emma praktikal dulu, boss Emma akan panggil setiap minggu untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dengan dia. Dia akan suruh Emma baca paper, tak kiralah The Star, NST atau sebagainya. Janji akhbar Inggeris. Ha time tu mulalah menggigil lutut. Yerlah dia nak kita berbahas dengan dia mengenai isu-isu semasa yang ada dalam paper. Tergagap-gagap lah nak bercakap. Tapi dia faham. Setiap kesalahan dalam sebutan dia akan tegur dan akan betulkan !! So kita tak akan rasa rendah diri sangat.



And sekarang, kat office Emma nie boss Emma tak benarkan Emma cakap Bahasa Melayu dengan dia. Setiap kali ada sebutan dalam bahasa melayu Emma kena bayar RM 1 kat dia. Macam tu jugak dengan dia akan bayar RM 1 kat Emma bila dia sebut dalam Bm. Adil kan ???

And remember this 

" IF YOU LEARNED FROM YOUR MISTAKES YOU ARE INTELLIGENT !! AND IF YOU LEARNED FROM OTHER PEOPLE MISTAKES YOU ARE BRILLIANT !! "

Thursday, July 21, 2011

Lelaki Handsome Kasanova??

02.05pm@Bangsar

Hari ni jari jemari nie begitu lincah menari nari di keyboad kesayangan tuannya. Walaupun demam, namun jari jemari tetap setia menemani tuan dia. Sambil menikmati lunch yang agak mahal harganya... (tak nak pegi kedai tu lagi... waaa mahal ) mulut tak henti-henti bercakap. (dah macam mulut murai jer). Di tambah pulak dengan kehadiran 3 lagi insan yang memang suka bercakap maka terciptalah suasana yang gamat di Food court Bangsar.

Topik utama hari ini " Betul ke Lelaki Handsome kasanova ??? " Itu menjadi persoalan bagi Emma bila Kak Zura cakap macam tu mengenai persepsi dia terhadap lelaki kacak. Hurm... Tak kenal maka tak tahu, Dah kenal maka.... Emma pun tak tahu. hahahahah :p

Bagi Emma, tak semua lelaki yang kacak atau good looking adalah kasanova.  Mungkin mereka menggunakan kelebihan yang ada sebagai jalan atau tiket untuk tackle perempuan atau sebagainya. 




Emma pun ada jugak kawan yang bergelar kasanova. Tapi sifat kasanova dia hilang apabila dia bertemu dengan seorang wanita yang berjaya mengubah dia. Dan akhirnya, mereka hidup bahagia dengan 2 orang cahaya mata kembar yang comel. Walaupun dia terpaksa melalui pelbagai halangan dalam mengubah sifat kasanova dia. Namun usaha yang baik tentu akan temui kejayaan bukan ???


So, pandai-pandailah untuk menilai sama ada mereka adalah kasanova atau tidak !! Tapi bukan ke Setiap kejayaan Seseorang lelaki ada wanita di belakang nya??? Dan setiap kasanova pasti akan tunduk pada seorang wanita yang berjaya membuatkan sifat kasanova mereka itu hilang.

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER



Emma join segmen lagi ... ehheheh Suka sangat join segmen Emma nie waaaa :p

Segmen terbaru abg ben " Cari blogger baru jer... " waaaa Emma lah tu :p Blog Emma nie pun sebenarnya dah setahun kot wujud. tapi tak pernah publish pun.. hahhaha dalam erti kata lain, malas nak update. Then last year barulah rajin and bersemangat nak update bila tengok kawan-kawan yang ada blog rajin update. So dari situ lah semangat datang. Kira tercabarlah nie!! Blog Emma ni banyak ceritakan mengenai life Emma and kawan-kawan tak kira kisah Sedih, suka atau sebagainya. Semuanya Emma share dalam nie. Kira as my Own diary lah. Tapi tak lah terlalu open sangat sampai segala cerita nak share betul tak ??? So korang boleh terjah blog Emma and nilai sendiri. Segala pandangan anda amat dihargai... hahahaha macam iklan pulak :P

Cerita dalam Train...

09.38am@Bangsar

Morning and salam blogger, pagi tadi terjadinya insiden dalam train yang agak membuatkan Emma terperanjat!!! hahahaha tau tak nape??? tadi time Emma naik train dari Lrt Kampung Bharu menuju ke office kat Bangsar adalah seorang mak cik nie tanya kat Emma.. wah gile terperanjat pertanyaan mak cik nie.hahahhaha

" Adik, nak pergi mane??? " tiba-tiba mak cik tu tegur Emma

So dengan sopan nya Emma jawab " Nak pergi keje mak cik "

" owh, dah keje lah nie??? Keje kat mane??? "

" Dekat Bangsar mak cik " 

" Owh adik nie dah kawin ker???? "

Huh ???? aku dah terperanjat dengar soalan tu ?? " Apakah ini ??? " Serius make me blur...hahhha

Dengan tangan mengaru-garu kepala yang tek gatal, Emma jawab " Belum lagi mak cik "

" Owh, baguslah macam tu, mak cik nie berkenan sangat tengok adik nie!! selalu jugak ternampak adik naik train pagi-pagi. Hari nie baru mak cik sempat nak tegur. Kalau mak cik nak kenalkan dengan anak mak cik kamu nak tak ??? "

OMG... apakah ini ???? Emma tak tau nak jawab ape. so gelak jer lah... ( tapi dalam hati... waaaa nape jadi macam nie ??? ish..ish... seram pulak da.... )

" Sabtu nie mak cik ada buat makan-makan, adik datang rumah mak cik yer. Nanti mak cik kenalkan dengan anak mak cik. Anak mak cik keje Lawyer !! " sambil mak cik tu bagi address rumah dia.

Hahahahah InsyaAllah mungkin Emma tak datang kot... waaa takut nya... Eleh betul ker Lawyer??? ntah-ntah Loyar buruk kot.. hahahhaha 

Kadang-kadang dalam zaman yang serba canggih nie masih lagi ada ibu bapa yang pilihkan calon untuk anak-anak dorang ek ??? macam zaman dulu-dulu pulak!! ahhahaha yang nyata... waaaa Emma seram lah... Yerlah bukan kenal pun mak cik tu tiba-tiba nak buat calon pulak... waaaa haru jadi nya... Hurm manelah " Frog Prince idaman hati Emma tak muncul-muncul lagi !!! " Cepatlah muncul... waaaaaa


Wednesday, July 20, 2011

Blogger Abg Yen Review Blog Emma !!


Rasa macam mimpi jer pagi tadi bila bukak fb Abg Yen shared kat wall " Emma Eshya " yang dia review blog emma.... waaaaa time kaceh abg yen. Lain kali promote lagi !! hehehe :p tak caya?? kelik sini

Sempat lah Emma duk jeles kan Ieda yang memang jeles tak ada orang nak review blog dia lagi.. heheheh sabar kan separuh daripada Iman.. kan ?? kan ??? And before this Emma tak kenal pun sape Abg Yen nie, but bila dah kenal and chat dalam fb ternyata abg Yen nie tak sombong and friendly. hurm sape yang nak nak tackle abg yen nie, boleh jer!! Submit jer borang coz dia still single tu. ahhahahah gurau jer ek abg Yen 

And tak sangka pulak semalam abg Yen adalah follower ke 150 blog Emma!! hehehe so before this Emma pernah cakap kat besfriend Emma Cik Ieda if follower ke 150 Emma nak bagi hadiah la... but Emma tak publish pun kat wall... SUPRISE !! hehehe so dah ada niat kena tunaikan janji. So kepada abg Yen tunggu ek hadiah sampai !! HTC ek ??? demand nie !! hahaha :p

Coret-coret : Lepas nie tunggu follower ke 300 pulak ek kalau ada rezeki lah... amin !!!

Bila Tomboy nak jadi Perempuan

05.10pm@Bangsar

Opss petang-petang nie entry lain jer ek ??? hahaha kepada sape-sape yang bergelar tomboy jangan nak terasa ok coz entry nie lebih ditujukan pada diri Emma sendiri !! ehhehe

Emma nie nak kata tomboy tak lah tomboy pun!! Just Emma tak suka pakai sesuatu yang nampak terlalu "Ladies". You know why ??? Sebab dari Emma kecik sampai lah besar, Emma dah biasa keluar dengan t-shirt and jeans. Kadang-kadang Emma pakai cap!! Tu jer, but Mama Emma selalu cakap, cubalah pakai skirt ker, baju kurung ker, barulah nampak keayuan sikit!! Owh..... tidak !!! Emma memang tak berminat langsung nak pakai skirt, kakak Emma selalu lah jugak belikan skirt or baju-baju yang nampak ladies sikit. But Emma tak pernah pakai !! Just if Emma pakai pun bila dah kena paksa, tak sampai setengah jam Emma dah tukar baju lain. Pendek kata T-Shirt and Jeans memang pakaian rasmi Emma. 

Simple but nice. cukuplah!! buat apa nak beriya-iya sangat kan ??? Kalau nak kata baju kurung tu memang banyaklah. Emma just akan pakai bila Hari Raya, kenduri or Emma pergi class time study dulu. Hari-hari lain memang akan tersimpan dalam wardrobe kat dalam bilik ! 

Tapi sekarang semua tu dah berubah !! Mungkin sebab pertambahan umur and di keliling oleh kawan-kawan yang feminin. So sedikit sebanyak Emma dah terikut dengan style dorang !! Sampaikan kawan baik Emma pernah tegur Emma time dia teman Emma shopping!! Dia cakap Emma dah pandai nak cari  baju yang ladies-ladies nie. Kalau tak dulu Emma selalu sakat @ kutuk kawan baik Emma nie. hahahahha and now Emma balik yang kena kutuk dengan dia bila dia tengok Emma try Skirt time shopping !! ahhahaha malu gile time tu !! Yerlah dulu beriya-iya kutuk sekarang kena pada diri sendiri !!

Tapi satu perkara jer yang masih gagal untuk ubah Emma. " Tak suka pakai make up ". Memang Emma allergic dengan benda tu!! If Emma try pakai rasa macam ada something yang melekat kat muka. Kan buat kita tak selesa. Bagi Emma cukuplah Eyeliner, lips gloss and compact powder. Tu jer yang perlu ada dalam beg Emma. Even Emma pergi keje pun tak pakai make up. Lebih-lebih lagi bila Emma kena jumpa Client. Penampilan tu penting !! Kata Boss Emma lah. But cukuplah dengan natural look !! betul tak ???

Dulu

 
Sekarang


Sape cakap Emma sombong ???

04.47pm@Bangsar

Siapa cakap Emma sombong ??? angkat tangan cepat ??? ish,ish,ish * sambil geleng kepala!! Orang yang cakap Emma sombong tu rabun atau tak reti menilai kot. Tak nampak ker yang Emma nie tersangatlah ceria... ** hahahha puji diri sendiri nampak !! Kalau korang nak ajak gelak, boleh ajak Emma, betul tak cik Ieda ?? hahaha nama Ieda lagi yang Emma sebut !! ish, ish, ish ** sorry mak cik !! If korang semua nak tahu lah kan, yang tak nak tahu tak payah baca entry nie okay !! ehhehe jangan marah. Nanti kena jual !! 

1) Emma nie seorang yang sangat ceria. ** Bukan Emma  cakap tapi kawan-kawan Emma yang cakap !! 

2) Emma nie suka gelak !! ** itu memang mengaku lah. Dah sifam semulajadi kot
3) Tak suka marah-marah tapi mudah bad mood bila ada sesuatu yang buat Emma marah !! ** Ops..!!

4) Emma senang nak kawan dengan sape-sape pun !! Tak kira orang tu ada pangkat ker, kaya, miskin, muda, tua semua Emma akan kawan dan tegur dorang !! hehehehe
5) Emma suka melukis. Sebab tu boleh jadi Designer.. hehehe tangan memang gatal jer nak conteng-conteng !! 

Urm... yang lain kita sambung lagi ek ??? So Emma tak suka bila orang cakap Emma nie sombong atau berlagak dengan orang lain. Bagi Emma kenal dulu sape Emma baru korang boleh nak judge okay ??? Hurm korang tak percaya ker yang Emma nie ceria??? Kalau korang tak percaya try lah scroll kat bawah then korang describe sendiri Ceria atau tak Emma ni okay!! ehhehehe
Tengok tu asyik ketawa jer

senyum lagi

Dan Senyum lagi

Senyum..senyum dan seyum


So korang boleh judge tak yang Emma bukan sombong!! Actually, dalam kawan-kawan yang ada dalam pic tu, ada yang 1st time Emma kenal then dah boleh jadi rapat, gelak macam nak rak lagi.. so Emma sangat, sangat lah pelik bila orang judge Emma nie sombong gile !! waaa touching sangat da nie !! Kecik hati tau !! :p


waaaaa Nak jugak !!!

09.41am@Bangsar


Morning!! Pagi-pagi sambil minum Milo ( Minum MILO anda jadi sihat dan kuat !! ) hahaha mengarut jap !! :P pagi-pagi nie. Bukak Fb nampak Abg Yen tag kat wall... waaaaa abg Yen promote blog !! heheheh time kaceh daun keladi lain kali promotelah lagi :p hehehe 

Tengok kat dashboard... waaa ramai nyer yang update blog !! hahaha tiba-tiba nampak kat blog AlyaEsprezo, waaaa Alya couple dengan Blogger ??? hahahah suspend jugak tengok !! Rupa-rupa just segmen dari blogger UmarFaruq.com. Macam best jer segmen tu.. nak tau ??? kelik kat sini. Waaa jeles nyer !! Nak join jugak !! tapi tak de geng lah pulak !! hahahaha so kita lupakan buat sementara waktu segmen tu. ** Jangan nak berangan okay Emma !! Mama babap kang naya jer.. hahaha :P

 

Tuesday, July 19, 2011

Kumpul Lemak di Mcd

03.15pm@Bangsar

Weee panas nyer hari nie, namun still masa lunch tak akan ku sia-siakan. Lokasi hari nie ??? Bila Ronald Mcdonald dah panggil maka bergegaslah buat lawatan kat sana. Hari nie buat pertama kali nya emma lunch dengan kawan baru !!heheheh tu lah sape yang suka-suka hati cakap Emma sombong ??? rabun kot orang tu !!! 

Hari nie Lunch dengan Dilla and kak Zura kat MCD. Weee lepas kempunan nak makan MCD. Sambil berjalan Emma duk fikir nak makan apa ek ??? Memandangkan dari minggu lepas lagi teringin nak makan GCB. So ingat nak orderlah GCB...Bila time nak order, Emma mintak benda lain.. hahahah tulah berangan lagi !! Boleh pulak mintak Fillet O Fish. Hurmmmmm boleh lah... teringin jugak nak makan Fillet. Dah lama  tak makan !! :p

Mc Value Lunch Set


Hehehehe sempat jugaklah Dilla kutuk Emma !! Ade dia cakap 

" Mesti anak-anak cacing dah tak kempunan lagi !! Mak cacing dah bagi makan kat anak-anak dia ".

Ceh, perli nampak !! Mentang-mentanglah badan Emma ni kecik jer... makan lah banyak mana pun tetap macam tu !! Itu yang buat emma pelik !! Cikgu Emma cakap " Banyak bela cacing kot " hahahahha suka-suka dia jer...

But almost of my friend dah pelik kenapa Emma kuat makan sekarang !! Asyik sebut nak makan  jerrrr !! hahahah jangan tak percaya !! Even dulu nak habiskan sepinggan nasi goreng pun payah. Sekarang offer diri tolong habiskan. Macam mane??? Tapi badan macam tu jugak !! Semakin tinggi ada lah !! ish..ish...ish...

Ada orang cakap aku sombong ???

10.40am@Bangsar

Ada orang cakap aku Emma nie sombong ???? Hurm yer ker??? " Tak kenal maka tak tahu kan ?? " sebenarnya tak ada istilah sombong atau berlagak dalam hidup emma. Believe it !! Coz Emma nie tersangatlah peramah !!! ahahaha puji diri sendir ek ??? terperasaan jap !! weee :p

Tapi tu memang kenyataan la !! Emma akan tegur sape-sape jer tak kira dia tua atau muda dari Emma. Friendly lah katakan... hahahahha :p oh tidak !! puji diri sendiri lagi !! tak percaya ??? pergi tanye cik Ieda, merangkap kepada teman baik emma. Dia tau lah perangai emma coz dia pun emma yang tegur dia dulu. !! :P
And 1st impression dia ingat emma still study lagi... waaaa syok  nye.. terperasaan muda pulak !! ehhehehe :D jangan jeles ieda !! Tapi itulah hakikatnya, emma akan tegur sape-sape jer and emma boleh join atau duduk satu table dengan dorang kalau emma rasa dorang boleh let go and satu kepala dengan emma coz emma nie kuat gelak !! ada jer bahan nak kacau orang !! tak percaya ??? pergi tanye Ieda!! hahahaha

Sebenarnya emma nie tak reti pun nak sombong-sombong nie. Buat lemas perut jer! macam kera sumbang lak sebab tak boleh nak bercakap !! Sebab mulut emma nie macam murai tercabut ekor !! asyik nak bercakap jer !!!

So bagi Emma kenal lah dulu emma baru judge okay if emma sombong atau tak !! 



Segmen 5: impress me and i will review your blog...

09.26am@Bangsar


Hi selamat pagi !! Pagi ni Emma join segmen lagi !! weee :p Segmen nie dari Abg Yen. Bukan matawang negara Jepun ok yang "Yen" tu.. tapi "Yen" adalah singkatan or nama manje gitu " Hidayat Fazrin.. waaaa stylo tak name dia ?? stylo kan macam rupa tuan dia.. hahahaha :p


Segmen dia "impress me and i will review your blog..." hahahaa Emma nie tak lah pandai sangat nak impress orang nie :p hurm apa yang Emma boleh cakap Nie lah 1st time Emma join segmen abg Yen and kenal abg Yen. :p Sorrrrrrryyy abg Yen :D

Emma kenal abg Yen nie pun dari Blog AlyaEsprezzo. If dia tak buat entry pasal abg Yen nie memang Emma tak kenal lah dia.. hehehe bukan apa, Emma pun baru lagi dalam dunia blogging nie. So masih banyak lagi yang Emma tak tahu and perlu Emma explore lagi :D

Okay cerita pasal abg Yen nie, as my 1st impression la.. dia memang stylo !! dari segi rupa, gaya and cara dia ada cara yang tersendiri :p waaa kang "terperasaan lebih pulak abg Yen nie !! " hehehhe :p 

Tapi sekali pandang da macam rupa kawan Emma pulak :p hahahhaha dua kali pandang rupa abg Yen lah !! heheheh :p tapi siyes abg Yen, hampir serupa !! 

Hurm apa Emma nak cite nie ek ??? waaa tak reti lah.... :P

Monday, July 18, 2011

LANGKAWI @ REDANG @ PERHENTIAN ???

05.08pm@Bangsar, Telawi 6


Cuti-cuti Malaysia datang lagi !! kali nie destinasi aku kat mane ek ??? Tengah blur nie.. banyak sangat idea yang keluar.. nak pegi semua tempat memang tak lah !! Budget lari macam nie !! heheh :p kalau budget banyak memang dah lama satu Malaysia ni aku jelajah. hahaha :p

Hurm dalam kepala aku sekarang nie ada 3 destinasi yang aku rasa sangat menarik !! wawawa semua ISLAND jer, coz aku memang sangat suka pegi pulau. Lebih-lebih lagi dapat tengok laut dengan lautan yang luas tu.. Semuanya membuatkan aku terlalu bersyukur dengan segala kenikmatan dan kurniaan Allah.

1) PULAU LANGKAWI

Hurm, seumur hidup aku lah sekali jer aku jejakkan kaki kat Pulau Langkawi nie. Itu pun masa cousin aku kawin, time tu aku kecik lagi !! Sekolah rendah kalau tak silap aku. Tapi aku still ingat lagi lah pulau tu memang cantik. Tapi almost orang datang sana suka shopping.. hurm :( kalau aku pergi sana tempat yang akan aku pergi mestilah Kedai Chocolate !! Yeay.. nak chocolate CADBURY, urm chocolate DAIM.. and pendek kata selagi ada chocolate selagi tu aku nak borong. ehhehe :P 

Kat langkawi nie pun ada banyak tempat-tempat yang bersejarah Maju jugaklah pulau nie !! Hurm apa yang penting kalau nak pergi sini poket kena tebal la... kalau tak gigit jari jer lah .. :P


2) REDANG

Pulau nie aku tak pernah jejak lagi. Tapi aku dengar pulau nie sangat, sangat, sangat cantik !! Bagi aku pulau ni memang sesuai kot untuk pasangan yang nak honeymoon. Bagi aku pulak untuk relax memang sangat sesuai.


3) PULAU PERHENTIAN


Pulau nie memang sangat cantik. First time aku jejakkan kaki kat sana last year. Memang aku rasa tak puas sangat !! air dia dah lah sangat, sangat jernih. boleh nampak kaki korang kat dalam air tu !! Memang aku fall in luv with this island. Time aku datang sini memang aku rasa tak nak balik. Tenang sangat tempat nie !! Hurm lebih-lebih lagi bila aku dapat jelajah pulau-pulau kecik yang ada sekeliling pulau tu. 

Sempat jugaklah aku berangan nak honeymoon kat Perhentian and Bali... waaaa gatal ek ??? dengar kat mak aku sah-sah kena cili mulut !! :p

All blogger, korang ada idea tak untuk emma nak bercuti kat mana ??? ehhehe banyak sangat tempat menarik kat Malaysia nie. Tu yang Excited sangat !! ehhehe


Friday, July 15, 2011

Kerana Tender !!!

07.52pm @ Bangsar


Mula-mula aku tengok awan mendung jer,
Tiba-tiba mula lah titis demi titis sang hujan turun ke bumi,
Titis demi titis lalu..... Lebat,
Kesejukkan yang terlalu melampau aku rasa sekarang nie,
Hingga ke tulang !! oh tidakkkkkk !!!
Lalu ku hirup Nescafe bagi penghilang dahaga,
Aku pasang lagu Lionel Richie buat aku tenang,
Matahari pun menghilangkan diri, 
Diganti dengan Sang Bulan, waaaa gelap nye !!
Nasib baik lampu Decorative LED menerangi jalan,
Dan aku masih lagi setia, 
Di office menyiapkan Tender untuk di hantar esok !!!!
waaaaaa sedihnya.... ;(
Perut minta-minta di isi, 
Menyanyikan lagu ntah hape-hape!! 
Lalu boss aku cakap...
" Emma, jom pergi makan !!! "
Ha ... tu yang nak dengar sebenarnya.. :p