Thursday, June 30, 2011

Cute la Cerita Anna Lu'lu !!

05.22pm@Bangsar

Hi selamat petang!! Baru sempat nak bukak blog hari nie.. sangat-sangat bz...
Hurm korang tengok tak cite Anna Lu'lu??? Setiap hari Selasa pukul 09.00pm waktu Malaysia??? Cute tak cite nie !! Mula-mula aku tak minat sangat cite nie coz aku tak lah fanatik sangat dengan Nora Danish. But bila aku tengok cerita nie have fun lah pulak.. cute jer jalan cerita and pelakon dia... hurm.. try lah tengok cerita nie if korang tak tengok lagi !! Memsti best nyer.. tapi tak boleh lawan Nora Elena lagi lah... hahahha



Okay aku share sket lah dia punya sinopsis...

ANA LU’LU mengisahkan Ana Lulu, lakonan (Nora Danish), seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya. Ana bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai bunga bersama seorang kenalan baru, Bunga (Wawa). Konflik percintaan bermula apabila Harris (Kamal Adli) telah jatuh hati terhadap Ana. Walau bagaimanapun, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil (Adey Syafrien) tanpa menyedari Fadzil sering mempergunakannya demi wang.



Wednesday, June 29, 2011

Apa tu Israk Mikraj ???

05.50pm@Bangsar

Hi dan selamat petang dan juga selamat bercuti kepada yang dapat public holiday hari nie. Sangat jeles !! hehehe Korang tau tak apa tu Israk dan Mikraj ??? hehehe aku pun baru mengingatkan balik apa dia peristiwa di sebalik Israk dan Mikraj nie. So aku nak share dengan korang tentang apa yang aku baca nie!! So boleh lah kita jadikan panduan sama-sama. Bagi korang yang dah tau pun boleh jer nak baca.. tambahkan pengetahuan lagi.. kan? kan??



1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam.. 

Apa aku kata ??? : Dunia  dah semakin kepada akhir zaman.. so banyak-banyaklah beramal ibadat... 

Bila Streamyx buat hal !!

02.17pm@Bangsar,


Hi all, hujan lebat sangat ke pagi tadi ??? aku pun pelik sampai line streamyx kat office aku nie buat hal... dan kerana tak adanya Internet membuatkan aku tak boleh nak buat keje !!! wah sangat tak suka !!! 






Panas jugak telinga aku tadi cakap dengan Customer service Streamyx!! Teruk jugak ek system dorang nie sampai kena tunggu dalam masa 72 jam!! Dalam masa 3 hari ??? aku nak siapkan keje macam mane??? OMG... hehehe dan kerana Internet buat hal lah aku terpaksa lepak kat MCD untuk siapkan keje aku sampaikan kena perli dengan boss aku... siot betul !! kang aku tak nak buat keje baru tahu !! huhuh nak complain banyak-banyak pulak !!! 




Tapi syok jugak kan??? sambil buat keje sambil makan !! Yummy..yummy... Mc Chicken lagi aku makan hari nie... nak saving punya pasal last-last makan mcd jugak... huhuh




Heheheh nasib baik lah bila aku balik office pukul 2 tadi line internet aku dah okay... so ape lagi??? makin bertambah lah keje aku kena buat !! nasib baik boss aku pergi outstation !! weee boleh bukak blog  !! ** hahahah aku memang suka curi tulang ! hahaha tapi time boring jer k !!



Tuesday, June 28, 2011

Bukit Gambang ??? Best ker???

05.20pm@Bangsar

Hi bloggers, setelah beberapa hari tak update blog, akhirnya hari nie dapat jugak aku update blog kesayangan aku nie !!! weee... Hurm Bulan 9 nie aku and member aku ade planning nak pergi vacation... then member aku suggest pergi Bukit Gambang coz office dia buat family day... so kteorang yang lain nie tukang meyibuk jer la... hurm best ker kat Bukit Gambang tu ??? Aku dengar ada yang cakap tempat tu tak la best mana pun ??? 


Tapi tengok dalam gambar macam cantik jer tempat nie!! Ade macam Pulau Perhentian tak ???


Hurm yang water park nie aku tengok macam Sunway Lagoon jer!!!


Kata Da Boss~ Tak kisah lah best ker tak best janji ada laut ... yeay!! suka..suka..suka

Friday, June 24, 2011

Bila Lelaki nak tackle perempuan !!!

10.00am@Bangsar

Hello, and selamat hari jummat... yeah penghulu segala hari dan esok cuti... yeay!!! pagi-pagi nie otak aku fresh lagi nak share dengan korang ayat-ayat lelaki bila nak tackle perempuan !! actually aku dapat idea nie pun bile aku tengok ada sorang mamat kat bus stop tadi nak ayat sorang girl nie... weee... ayat lapuk la... hahaha aku pun penah jugak kena dengan ayat macam tu...

Korang tau tak apa ayat yang lelaki yang tak berapa nak Gentlemen sangat bagi bila nak tackle perempuan !! hahaha ni ikut pengalaman aku lah ek??? pengalaman korang aku tak tau macam mane??? korang boleh share dengan aku pengalaman korang... mesti best kan ???

1. Hi, Boleh berkenalan ???

Selalunya aku jumpa lelaki macam nie kat shopping complex la... time kita sibuk-sibuk nak shopping tiba-tiba ada jer insan yang menyelit kat sebelah !! ala dorang bukan betul-betul pun. Just nak main-main jer... 

2. Hi, boleh tak I nak nombor telefon u???

Ha yang nie selalu berlaku dalam internet... facebook, myspace, twitter, chat room dan jugak kat event-event yang korang hadiri... mesti ada punya !!! kadang-kadang kita tak kenal pun lagi dengan dia!! ataupun bnaru jer kenal da mintak nombor. Member aku cakap terdesak sangat kot!! hahahaah apa  yang aku akan buat, aku akan bagi email aku atau just cakap kita chat kat fb chat jer lah ek ???


3. Larilah laju sikit !!
Tu ayat bila aku pergi jogging dengan kawan-kawan aku. Selalunya kat Taman Tasik Titiwangsa lah. Bila kita penat-penat berlari, dia boleh pulak jerit kuat-kuat suruh lari laju-laju padehal dia tengah duduk lepak hisap rokok!! huhuh penah tau member aku sorang nie agak garang sket, hampir-hampir nak baling kasut kat mamat tu !!! hahahha

4. Phweeit...Hi Kak Long!!

Ni yang aku pelik, sejak bila lah pulak aku jadi kak long ??? aku pun tak brape nak sure!! Kadang-kadang dorang nie macam tak respect kat perempuan jer kan ??? Panggil-panggil macam tu macam panggil kucing or tikus pulak !! kalau dalam situasi nie, sorry aku tak layan !!

5. Hi, Kawan saya cakap awak cantiklah !!
Selalunya lelaki macam nie, kurang berani sebab dia gunakan orang lain untuk jadi wakil dia.. kalau nak kenal datanglah sendiri kan ???

6. Awak, Jam pukul berapa???

Hahahah ni ayat coomon sangat, macam tak ada ayat lain!! aku penah jugak kena macam nie. Then aku pun boleh bagi tahu time pukul brape!! hahaha bila aku sedar balik ada je jam kat tangan dia !! hahahha

So apa pandangan korang semua ??? aku rasa korang pun penah mengalami situasi yang sma kan ??? apa pengalaman korang??? jom share???




SAYA BLOGGER GADIS MELAYU.

09.43am@Bangsar,

Hi all, ops... entry kan gadis melayu so kena bagi salam dulu Assalamualaikum. hehhe pagi-pagi aku bukak blog jer aku da nampak segmen Saya Blogger Gadis Melayu !!


Bagi korang yang rasa-rasa gadis-gadis melayu yang comel boleh lah join segmen nie... ehheheh http://ryushychomya88.blogspot.com

 

Thursday, June 23, 2011

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG


Abg Ben buat segmen lagi ??? Satu segmen yang agak kejam ! hahaha... Saja je sebenarnya segmen ni ... Untuk release tensen sat ... Ok.. Atas permintaan segmen ni sampai malam la yer ... TUTUP 10 MALAM ini .. tengok tarikh yer ...




aku teringin sangat nak hack blog abg ben sendiri sebenar nyer... hahahah sebab pasal blog abg ben lah aku jadi suka sangat bukak blog !! walaupun aku busy buat keje aku still boleh join segmen-segmen yang dia buat !! macam mane nie???

SEKALI LAGI

09.41am@Bangsar

Hi all, selamat pagi !! hari tak sabar pulak nak tunggu next week !! Selain daripada menunggu gaji, aku tak sabar nak tengok Filem baru Sam and Lisa... korang tau tak cerita apa??? Meh sini aku tunjuk kan korang semua!! weee


Ha ni lah dia filem terbaru dorang !! Sekali lagi !!! sangat cute aku tengok thriller die tadi... so sweet.. lebih-lebih lagi ada budak kecik yang comel !! Mestilah MIASARA !!dia nie cute sangat!! rasa cam nak cubit jer pipi dia !!

Meh sin i aku cerita sket sinosis filem nie mengisahkan Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? 

Nak tau kenapa??? Jom kita gegar Pawagam 30 June nie okay??? sebab aku pun tak tau kenapa!!! hehhehehe

Wednesday, June 22, 2011

Thanks Terjah blog Emma !!!

06.12am, waa ramai jugak yang join segmen abg ben ek ??? so ada lah jugak yang sempat terjah blog aku... hehehe sorry lah, bz sangat hari nie. so tak sempat nak terjah semua... but aku nak listkan lah sape yang terjah blog aku... jom terjah blog dorang !!!

Aku dah bagi korang keje senang dah nie.. apa yang korang perlu buat just klik jer kat mane-mane blog yang korang nak... heheheh selamat terjah menerjah!!! Suka..suka...suka...sangat suka!!! weee





Tuesday, June 21, 2011

Selamat Pagi Chinta

10.00am@Bangsar

Selamat pagi, mood sangat-sangat ceria hari nie!! 
Ntah tak tahu kenapa!! Yang nyata aku semakin ceria...
Sebab ape??? Sebab aku tak nak sedih-sedih lagi dah..
Penat lah hidup tak ceria nie!! Betul tak ???
Lagipun member-member aku pun dah lama tak tengok aku yang ceria,
and suka menyakat orang tu.. main kutuk-kutuk!! ahahah kadang-kadang,
mulut aku laser jugak.. but dorang dah faham sangat dah perangai aku !!!
Betul tak Ieda??? Hehehehe... 
Hanya dia yang faham!! sebab dia dah tengok macam-macam yang aku lalui...
Tu yang tittle entry dah macam tajuk filem dah nie!!
pe kes??? Tak de pape kes la...
saje jer nak menceriakan pagi hari selasa..
Selamat pagi Chinta !!!


Monday, June 20, 2011

Congrats Iyla and Haiqal

06.10pm

Hai selamat petang, akhirnya berakhir jugak sesi bekerja hari nie!! Sangat-sangat penat and tension!! Banyak betul drawing nak kena adjust balik... huhu bukan ape, ngade-ngadelah pulak client aku nie!! asyik nak tukar design jer... tak tetap pendirian betul lah...** Cukup-cukuplah cerita pasal keje ek ??? ape-ape pun client always right !! walaupun tak right kena rightkan jugak..!!!

Aku nak cerita pasal weeding best friend aku Iyla and Haiqal, ** Aku nie asyik attend weeding orang jer ek ??? weeding sendiri bila pulak ??? no idea... ehheheh 



Iyla, Haiqal and Eema
 Tema weeding dorang ni Pink and Purple.. sebulan sebelum weeding dah suruh aku pakai baju pink or purple!! Penat-penat aku duk mencari baju ikut tema last-last nak saving punya pasal aku pakai baju kakak aku.. nasib baik muat !! Tapi yang tak puas hati nyer tiba-tiba pengantin tukar warna baju dari purple ke merah !! huuu aku pun pelik.. hahahaha tapi yang best nyer, ada lah tema ala-ala Indonesia sket.. nampak lah keunikkan majlis tu !!

And first time aku pegi kenduri kawin orang buat lauk Ikan Keli... oh please!!! Saya tak suka ikan keli... say NO... hahhaha.  So aku sanggup amik lauk ayam and daging yang dah agak biase ketika kenduri kawin!!



Walaumacam mana pun Selamat Pengantin Baru and semoga kekal hingga ke akhir hayat...Amin!!

Alhamdullilah

09.50am@Bangsar,

Hi selamat pagi bloggers!! Sihat ??? hurm monday morning!! semua malas nak pegi kerje kan??? sama lah macam aku... memang malas nak bangun pagi tadi. Namun adat lah kan kalau tak pegi keje tak delah duit!! betul tak ???

Hurm betul lah orang tua-tua cakap setiap manusia yang teraniaya pasti Allah akan lindungi dia.. and setiap orang yang bersalah pasti akan menerima balasannya.  Yang nyata Allah dah tunjuk kan kat depan aku segala-galanya.  Dan aku pasti orang yang bersalah akan datang and memohon kemaafan daripada kita !! Tapi perlu ke kita beri peluang kedua?? Manusia tak lari dari buat kesilapan sama ada dia sedar atau tak !! 

Yang nyata, aku dah beri kemaafan kepada dia. Terpulang sama ada dia nak berusaha untuk peluang ke tiga yang aku bagi.. Buktikan!!! Tu yang aku nak tengok dari apa yang dia cakap dengan aku... Untuk aku percaya mungkin tidak !! Sebab tu aku nak dia buktikan !!

Nots = Selagi mampu berusaha buat dengan hati yang ikhlas bila nak kan sesuatu... renung-renungkan !!!

Friday, June 17, 2011

"azrijohan,aku dari Kuala Lumpur "

Segmen kedua Azri Johan... jom follow!!! azrijohan.blogspot.com


Ops jangan lupa klik kat first link emmaeema.blogspot.com


KEEP ON SMILING:)

JIKA AKU JATUH CINTA

12.00am, Hello... hari nie aku asyik join contest orang jer... hahahaha member aku Shida pun dah terjoin otak aku join contest orang.... yeay !!!

Tadi aku bukak youtube, then aku ternampak pulak satu video yang bertajuk " JIKA AKU JATUH CINTA " aku pun macam tertarik-tarik untuk melihatnya... entry nya?? sangat menarik!! sempat jugaklah aku salin entry dalam tu....so korang boleh menghayati kata-katanya ok???

YA ALLAH,
Jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,
agar bertambah kekuatan untuk menyintaimu.

YA MUHAIMIN,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padamu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

YA RABBANA,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling darimu.

YA RABBUL IZZATI,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid jalanmu.

YA ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kenikmatan,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

YA ALLAH, 
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam 
perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu.

YA ALLAH,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,
Jangan biarkan aku melampaui batas 
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki,
dan rindu abadi hanya kepadamu...


SEGMEN SIMPLE : KALAULAH ...


jom join ramai-ramai...mohdnaser.blogspot.com

KALAULAH saya ada sayap, saya nak terbang keliling dunia,
KALAULAH saya kaya, saya nak banyakkan bersedekah dan tolong orang yang susah,
KALAULAH saya jumpa Doraemon, saya nak pinjam mesin masa dia,
KALAULAH saya ada power, saya nak belasah jin dalam iklan SUPER POWER!!,
KALAULAH saya famous, saya nak tolong orang lain supaya jadi famous jugak,
KALAULAH saya ada duit berjuta-juta, saya nak buat highway untuk mat rempit supaya tak berlumba haram lagi.. hahahhaha,
KALAULAH saya ada buat salah, saya nak cakap "I'M SORRY".. hehheeh


MAKAN ANGIN BERSAMA GENKCORNER


Jom makan angin bersama genk..

segmen ne terbuka kepada semua blogger sama ada sudah follow genk atau belum lagi..
syarat penyertaan sangat mudah

1. follow genkcorner
2. buat entri bertajuk : MAKAN ANGIN BERSAMA GENKCORNER
3. letak banner dalam entri
4. tag rakan blogger yang lain dan pastikan mereka tahu (Terpulang nak tag atau tidak)
5. hantar link kat ruangan komen..

mudahkan..hanya lima langkah sahaja
hehehe..

tarikh tutup : sehingga mencapai 100 bloglist..(29JUN2011)
(ada cabutan bertuah bagi blogger yang terpilih)
 
 
Aku dah join!! korang bile lagi ???
 

Thursday, June 16, 2011

Kami Kaki Blogging !

Jom join !!!


Nak tau syarat dia ??? Cerita farez

Blogger -blogger yang kaki blogging??? 
 




HARI NIE HARI BLUR AKU !!!

10.07am@Bangsar


Hi selamat pagi blogger!!! Dah breakfast ker??? Yeah pagi nie aku makan Roti Canai and Milo ice kat Mamak sebelah office aku !! huhuhu dapat lah discount 50 sen mamak tu bagi.. tu pun lepas membodek mamak tu.. hahahha and hari nie aku tertinggal bas pulak !! Huhu nasib baik the next bus cepat sampai tadi...kalau tak confirm-confirm aku lambat pergi kerje!!

Mana tak nyer, dah 2 kali aku asyik terlajak station. Ntah apa yang aku fikir aku pun tak tau !! Sedar-sedar jer aku dah terlepas LRT station Bangsar... then train dah nak sampai kat Station Abdullah Hukum !! Nasib abik aku sedar, if tak lambat lah aku pegi keje hari nie! ahahha serius, aku agak blur sket hari nie...maybe hari nie hari blur aku kot???

Hurm apa-apa pun walau macam mana aku blur pun hari nie aku kena fokus !! tu penting... jap lagi ade presentation !!! hope berjaya!! amin !!!!




"azrijohan,aku ialah Emma Eema "


Pagi-pagi bila aku bukak blog jer aku nampak lah segmen yang Mr Azrijohan ni buat... hehehe so aku tolong lah support apa yang dia buat !!!


So kalau korang nak join.... klik jer kat sini...Azrijohan

KEEP ON SMILING:)

Wednesday, June 15, 2011

Aku & Blogger

04.20pm@Bangsar

Selamat petang, sangat bz hari nie!! Masuk-masuk office jer aku dah menghadap keje yang agak bertimbun-timbun!! Tulah yang jadi bila bz nak masuk tender!! Tak cukup tido aku malam tadi nak siapkan proposal !! Hope dapat lah job renovation for restaurant tu !!! Amin !!!

Dulu aku agak pelik jugaklah bila aku tengok member-member aku yang buat blog nie!! aku ingat yang buat blog nie just untuk orang yang ada buat business jer !!! hahaha rupa-rupanya khas untuk semua lapisan masyarakat... bukan kena bayar pun !! betul tak ???

So aku pun try la buat blog nie!! Tu pun member aku banyak ajar aku nak buat cam ne!! Thank tu http://comelvscomot.blogspot.com/ nie blog member aku sebenarnya !!sHIDA Comot !!! hahahaha

Selain tu banyak jugaklah blog-blog lain yang aku refer !! Segala tips yang dorang bagi aku try !! For the first time taklah ramai yang follow pun !! Just member-member aku jer!! tu pun konon nak private lah... hahaha last-last makin seronok lak bila buat Blog walking, Comment blog orang lain, join contest, and banyak lagi lah... And sekarang follower aku pun semakin hari dah semakin bertambah!! Alhamdullilah..

Actually aku bukan nak kejar glamour pun buat blog !! just for fun !! Bak kata orang tua-tua " Menghilangkan kebosanan bila buat keje " so dengan adanya blog nie aku pun meluahkan segala-galanya..tak kira kisah suka atau pun duka !! Yang penting aku happy !! Peduli lah apa orang nak cakap !! As long as aku tahu apa yang aku buat !! 

Aku akan rasa seronok bila ada yang comment tentang segala post kat entry aku .. best kan ??? Barulah kita tahu orang tu baca apa yang kita cerita!! Setakat follow jertak bermakna orang tu akan baca entry kita!! Betul tak ???





JOM JOIN LINK EXCHANGE BERGAMBAR FAHMI DI SINI


Kalau korang nak join.... klik sini


Emma nak join segmen  nie sebab nak tambah friends dalam blogger and berkenalan dengan semua blogger in Malaysia!!


Game Antara Blogger : Segera !






Yeah abg Ben buat games antara blogger pulak !!! Nak join x??? macam biasa klik kat sini

Tuesday, June 14, 2011

CINTA MELODY VS NORA ELENA

05.20pm@Bangsar

Hi selamat petang !! tak sabar rasanya nak tunggu pukul 6 petang !! Bukan ape, nak balik sebenar nyer... then tak sabar nak tengok cerita Cinta Melody and Nora Elena... waaaa semalam dah miss tengok cerita tu !!! sedih nyer...*tu lah sape suruh balik lambat semalam !!


Tapi tulah, kadang-kadang sakit hati jugak tengok cerita dari Indonesia nie!! Macam " Kurang Pandai jer ".. Cuba korang bayangkan lah ek , kalau jahat tu jahat lah sangat!! Then kalau baik tu baik sangat sampai tak tau nak bela diri sendiri bila dianiaya!! Ish tulah yang dinamakan DRAMA kan??? so kenalah sabar nak tengok cerita macam nie!!!




Ha yang nie memang terbaek lah !!! ehhehe " I like Seth "... hahahah cerita nie memang best!! banyak bagi korang semua pengajaran. So kepada lelaki-lelaki di luar sana jangan lah hilang pertimbangan diri k??? heheheh ops Marah lak " ABG BEN " nanti !!! hehehehe