Thursday, March 31, 2011

Rahsia Mata Wanita

10.00 am~~~ Selamat pagi semua !!! wah sangat berbahagia hari nie, maklumlah boss tak masuk ofis... hehehehe so boleh lah men "update" blog nie... hehehehe. post entry aku kali nie nak cerita tentang " Rahsia mata wanita ".. ( huhu sangat menarik sebenarnya topik nie... ) sebenarnya aku dapat topik nie pun dari fb member aku.. so aku rasa topik nie macam agak menarik so aku nak share dengan korang semua... 
( cayang korang !!! )


1~ MATA CENGKUNG
  
Pemilik mata macam nie seorang yang Materialistik, kurang memuaskan, hidupnya penuh dengan sengsara ( wah bahaya nie... ), kata manis tapi mudah berbohong, mudah curang, dan bila korang ada susah dia tak akan peduli..( ish tak baik lah macam tu.. kan bila orang susah kita kena tolong !! )

2~ SAIZ MATA KECIL

Pemilik mata macam nie seorang yang peramah, banyak bercakap dan kurang pertimbangan. (hehehe nie saiz mata aku... hahaha kecik jer mata aku nie.. SEPET !! ). Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya (ops!! nie lah akibatnya bila banyak sangat bercakap !! so Emma, please kurangkan bercakap lepas nie ) Bersifat periang tapi bila marah lambat sejuk.. ( Ye betul saya sangat setuju fakta nie !! ), bila bercinta suka tukar pasangan kerana adanya sifat kurang kepuasan ( oh tidak !! saya setia orang nya ), boleh berbahagia dengannya... ( hehehehe )

3~ SAIZ MATA LEBAR
Pemilik mata macam nie seorang yang kuat berahsia, otak kurang cerdas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan mudah berputus asa tetapi seorang yang setia.

4~ MATA SELALU BERKEDIP

Pemilik mata macam nie pulak seorang yang pemaaf, mudah dibawa berbincang, memahami dan sangat penyabar orangnya.  Sangat baik kerana jiwanya tidak mudah goyah dan pandai menjaga hati orang lain. ( so korang kena pilih pempuan yang macam nie.. nak tau macam mane??? bila korang bercakap dengan perempuan pandanglah kat mata dia, then korang kira berapa banyak kali dorang kedipkan matanya dalam masa 60 saat!! hahahaha sangat dahsyat )


Note : Mata adalah segalanya bagi seorang wanita.. Oleh itu hargailah mata kita!!! 




Wednesday, March 30, 2011

Wahhhh dah ade anak lah...!!! Congrats..

04.20 pm ~~ Selamat petang sume!! tea time lah sekarang nie.... so ape lagi jom baca entry aku kali nie....Semalam aku agak terkejut la jugak, yerlah tiba-tiba aku dapat massage dari Ghani cakap hani dah bersalin!! hah !! terkejut beruk jugak lah aku bila dapat tahu.. mana tak nye aku rasa baby dia kecik lagi kot... perut pun tak lah besar sangat... so untuk mendapatkan kepastian aku pun call lah member aku nie... Ieda.. 


Then kami sama-sama terkejut and terperanjat lagi... ( Terkezut mak nyah... ) kteorang tak percaya... ingat si Ghani nie main-main... nak kata lawak April fool belum habis bulan March lagi.. ( takkan nak advance kot??? )


So untuk mendapatkan kepastian Ieda suruh aku call tuan empunya badan... mestilah Mrs Hanie... coz Ieda tak ada kredit nak call... (Tulah kepentingannya kredit... kan senang!! Thank you kepada boss aku sebab baru bayar bil Maxis semalam... so boleh lah aku guna handphone office jer... jimat sket... hahahaha hape la ko nie emma kedekut betul !!! )


Dan akhirnya persoalan kami terjawab jugak bila Mrs Hanie nie buat pengakuan yang dia baru lepas due... sakit pun tak hilang lagi !!




Anyway, congrats Mrs Hanie & Mr Hafiz for your new baby... dengar cerita dapat baby boy kan ??? wah hero lah macam nie... ( tak sabar nak tengok baby!!! ) 









To Mrs Hanie, semoga cepat sihat and baby pun sihat !! ( Coz aku dengar Hanie cakap semalam baby ada masalah sikit. Tu yang keluar awal tu... ) 




Note : Walau apa pun Emma, Ieda, Shida, Ghani, Ayu, Sam sayang kat Mrs Hanie... semoga happy and berbahagia selalu friends......!!! 



Tuesday, March 29, 2011

Stay Motivated



 quote 1 :
 
When we love, it isn't because the person's perfect,
it's because we learn to see an imperfect person perfectly.

quote 2:


True love is not how you forgive, but how you forget,
not what you see but what you feel, not how you listen but how you understand,
and not how you let go but how you hold on.

quote 3:


True Love is loving that someone one even with their worst faults and flaws.
Forgiving and Forgetting their wrong doings,
Enduring and being Kind always trusting and not easily angered,
always trusting and hoping and never failing.


Many people only think and plan about their wedding, not marriage....

 And this is for my self... Motivate myself... hahahahaha



Monday, March 28, 2011

Salah Rumah

Hi all, Selamat petang semua!!! Hari ni aku nak post entry tentang Majlis Perkahwinan member aku yang aku post entry sebelum ni... " Iely & Elol..."

Nak dijadikan cerita, pada hari yang penuh bersejarah bagi Iely & Elol...cuaca yang sangat baik dengan angin sepoi-sepoi bahasa, aku pun bergeraklah menuju ke destinasi yang ingin dituju... ( mane lagi, rumah Iely lah... ) Dengan menaiki Binatang kaki empat bulat-bulat ( ops apa aku mengarut nie... nie semua cerita Sifu and Tongga punya pasal lah ni ) Kereta Myvi Hitam yang dipandu oleh pemilik nya Kak Dya lah sape lagi... bersama-sama dengan penunjuk jalan selaku GPS bergerak kami ( Mr Hadi ) kami pun meredah jammed di semua arah untuk sampai ke destinasi... huhuhuhu 

Dah lah perut masing-masing dah lapar.. salah jalan pulak.. (adat lah tu kalau nak pergi kenduri kawin sure sesat jalan punye.. ) Dah la sesat jalan, bila dah jumpa tempat nya salah kenduri kawin pulak...  ha... suspend kan ???

Macam nie, bila da sampai tempat yang dituju.. aku pun keluar dari kereta sambil membetul-betulkan baju aku yang agak x kemas tu... sambil melangkah, aku terdengar bunyi paluan kompang. aku pelik jugak coz kalau ikut dalam kad majlis bersanding pukul 1.. tapi aku sampai pukul 2.. so aku pun pelik la... bile aku cakap kat kak dya, tau tak dia cakap ape???

" kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan !!! "

so aku pun dengan was-was melangkah masuk jugak lah ke majlis tersebut... nasib baik aku tergerak hati nak tengok pengantin dulu... so aku pun tarik tangan kak dya and hadi yang baru je melangkah ke meja buffet... (dah lapar la katakan !!! ) jeng..jeng...jeng... nasib baik aku pergi tengok dulu... kalau tak kan dah malu... hehehehe... bila aku tengok pengantin perempuan dia... nape tak pakai tudung ???  sedang kan kak iely pakai tudung !! so aku pun dengan confidentnya menarik tangan kak dya and hadi yang terpinga-pinga dengan tindakan aku... sambil jalan aku sempat bisik kat dorang.....

" Kita dah salah rumah lah "

hahahahha gelak gila-gila kitaorang kat tepi jalan time tu... rupanya kenduri kak iely kat lorong sebelah je... hahahahaha....



Friday, March 25, 2011

Selamat Pengantin Baru Iely & Elol

Hari nie sorang lagi kawan aku yang kawin, wah sangat tersentuh... heheheh anyway " SELAMAT PENGANTIN BARU KAK IELY AND ABG ELOL ". Actually dorang baru je nikah around 3pm tadi. So dah selamatlah mereka nie bertukar status dengan ikatan yang sah.  Cinta sejak sekolah lagi nie, akhirnya impian menjadi kenyataan. Sangat terharu la.....

Anyway emma doakan semoga kekal hingga ke akhir hayat....







Thursday, March 24, 2011

Hujan

10.40am / 24 March 2011

Morning all, pagi nie hujan turun dengan lebatnya. Perasaan malas nak bangun pergi kerja tu tersangatlah menebal. Namun aku gagahkan juga diriku melangkah menuju ke office. ( huhuhu ) tak sangka pulak aku boleh sampai awal hari nie.. mana tak nye 08.30am aku dah ada depan pc... ( semangat nak siapkan keje sebelum kena marah sebenarnya ) 

 





Tuesday, March 22, 2011

Laila oh Laila

Selamat petang semua, sementara aku menanti ke jam 05.60 pm sempat pulak aku terfikir nak post entry kali nie dengan kisah best friend aku Noor Laila Mustafa..  Lela nie lah sahabat aku sejak aku kecik lagi... aku penah post gambar dia sebelum nie... hehehehe...

Cerita dia macam nie, semalam penat and lenguh jugak lah kaki aku nie duk tawaf " Uptown Danau Kota " tu dengan dia dalam hujan yang tak berapa nak lebat.. Korang tau tak dia nak cari ape??? Tu dia baju warna Merah and segala-galanya nak yang warna Merah. So dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, namun baju yang menarik hati kami tak jugak ditemui... 

Macam-macam baju dah aku try... maklumlah aku kan model dia semalam.. 
abg yang jual baju tu pun layan jer.. siap  bagi idea lagi nak pakai ape...!!!  
( sebenarnya lebih kepada nak promote barang-barang yang dia jual!! )

And ayat yang paling tak tahan aku nak dengar bile abang tu tanya 

" adik nie nak masuk pertandingan menyanyi kat mane??? " 

Nak pecah kot perut aku gelak semalam... Geli

( ada pulak nak masuk pertandingan menyanyi...kalau suara sedap sangat boleh la... nie suara pun setakat menyanyi kat Red Box tu ok lah.. if nak nyanyi kat depan orang ramai memang tak lah... )  

Hampir dua jam mencari akhirnya beli jugak Lela dengan dress warna Merah dia... ( Nasib baik kau beli lela.. kalau tak memang kena sekeh dengan aku !! )

Monday, March 21, 2011

Genting Highland... here i will come !!!

Evening all !!! 2 minggu lagi dah nak end of the March.. sekejap je kan masa berlalu??? Dalam diam tak diam, sedar and tak sedar atau separuh sedar dah nak masuk April.. so on 1st April kena lah berhati-hati dengan insan disekeliling anda... ( ape dia??? April Fool la... !! ) 

On April nie rase macam nak pergi bercuti lah.. sekali sekala dapat melepaskan tension and releasekan otak yang serabut ok jugak kan ??? ( Nak mejerit puas-puas if boleh lah....)
Lokasi aku maybe " GENTING HIGHLAND " je kot... nak saving budget nak pergi vacation kat pulau sebenarnya... hehehehe 

Kan seronok dapat jerit sepuas-puas hati dengan main games yang ade kat Theme Park tu !! kan geng ??? hehehehe 







So to all my friend Ieda, Laila, Ghanz, Ayu, Hanie, Hafiz, Shida, Sam, Hadi and my family Angah, Ateh and Acu...  bila agaknya puncak Genting dapat kita tawan yer???

Semakin tabah

Morning all, hari ni aku nak mulakan hari aku dengan mood yang sangat ceria... 
Tak nak dah cite-cite sedih nie dalam kamus hidup aku!!  
( betul ker nie emma??? mesti selalu senyum k)  
senyum tu kan penawar segala kedukaan... betulah kata orang disebalik dugaan pasti ada kebahagiaan. And sekarang aku percaya semua nie.. 
Dan aku percaya dengan takdir yang telah ditentukan. 
Apa pun aku kena banyak bersabar.. 
Allah pasti akan bantu orang yang bersabar ni kan ??? 
( hehheehe berfalsafah lak aku pagi-pagi nie ) 

Thanks Ieda and waniey kerana sentiasa ada disisi ketika aku sedih. Korang banyak bagi semangat kat aku... 
And thanks Hadi coz being my best friend and selalu buat saya ketawa balik...  
( keep our secret k !! hahahahha )

Apa-apa pun aku semakin tabah 
( da tajuk lagu Tabah la pulak.. sure Mazlela terkejut aku post tajuk lagu dia dalam entry aku nie... sorry kak mazlela...) 
and aku dah sentiasa tersenyum and kembali balik kepada perangai 
aku yang ala gila-gila tu  
( but emma tak gila lagi k )

Emma sayang korang semua.... muah..muah...muah


Thursday, March 17, 2011

antara aku vs air mata

Hi all, tajuk entry pagi nie " Antara aku vs air mata "
boleh jadi tajuk novel tak ??? (jangan nak perasan la emma oiii)
Tau tak kenapa tajuk entry aku macam nie pagi nie???
mana tak nye, aku asyik dengan air mata je...
ramai sangat insan yang nak buat aku menanggis
aku pun tak tau ape salah aku dengan dorang semua..

Bila aku mula rasa nak happy, aku nanggis balik..
Bila aku cuba nak lupakan yang sedih aku ingat balik...
Bila aku cuba nak ketawa balik, mesti ada kisah sedih dalam hidup aku..
Tapi aku sedar itulah kehidupan...

Tak semestinya kita dapat segala-galanya yang kita nak..
Ada masanya kita kena redha dengan apa yang di takdirkan...
(macam post entry aku semalam " andai itu takdirnya " )
Pagi nie aku dah buat drama air mata lagi... 
(pls la emma... wake up !!! )

Aku try nak cari balik semangat aku yang da hilang tu...
But orang yang sudi nak bantu aku cari semangat tu pun 
nak hilangkan diri dia sedangkan aku still lagi terkapai-kapai 
seolah-olah kapal yang hilang arah... aku still tak mampu nak berdiri sendiri skang nie.. i need someone to be at my side... 
and sesungguhnya aku manusia yang lemah..

P/s : Awak... pls saya baru nak belajar senyum balik... baru nak jadi gila macam dulu... saya tau awk terasa dengan saya.. but itu kebenarannya...
saya nak tengok orang yang nak jadi semangat saya tu... !!!

Wednesday, March 16, 2011

Andai itu takdirnya

Morning all... hujan yang sangat lebat pagi nie namun tak memandamkan semangat aku nak update blog nie.. sambil minum nescafe and butter cookies yang ada kat pantry ofis aku maka aku mula lah mengarang ayat-ayat kesengalan aku kat dalam blog kesayangan aku nie.. hehehehe

Wah tajuk entry aku da macam tajuk novel la pulak.. " Andai itu takdirnya "
memanglah aku pun keliru dengan takdir aku nie... macam-macam perkara yang berlaku dalam life aku.. kadang-kadang aku kat bawah, 
kadang-kadang aku kat atas.. namun bila aku ada di bawah 
masih ada insan yang akan sambut aku dari jatuh.. 
terima kasih banyak-banyak kepada insan yang meyambut aku bila aku jatuh...

Dan sekarang aku sangat keliru, adakah ini takdir aku ??? Perlu ke aku terima orang yang sayang aku dari aku sayang orang tu ??? sangat keliru !!!  Wahai lelaki... janganlah buat aku dalam Dilemma... 
(kang aku nyanyi lagu Dilemma kang... lagi haru jadi nye)


Tuesday, March 15, 2011

Disaat aku mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
 
 Argh... rase macam nak nanggis jer dengar lagu nie... " Bal & Afi " korang memang jahat. !!! Sampai hati korang dedicated lagu nie kat aku .... ( Disaat aku mencintaimu ) Sangat sedih tau tak !!! nak meleleh-leleh air mata aku nie... 
 
But aku still kuat untuk hadapi kenyataan... " Jangan Bersedih " trade mark beb !!!
Aku try tak nak ingat lagi.. but nape kadang-kadang perasaan tu still kuat lagi.. sebab tu aku masih mampu mengalirkan air mata walaupun aku dah berjanji dengan diri aku sendiri tak kan menanggis lagi...
 
Walau payah sekalipun aku akan buat... !!! Hanya sebab aku nak tengok dia bahagia....

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Hi all.... dah tak cite sedih lagi... ( pls ceria emma !!! anda boleh !!! huhu )
So hari nie aku nak cite pasal cerita yang tengah hagat kat pawagam... " Hikayat Merong Mahawangsa "  aku dengar cerita ni agak menarik but penuh dengan unsur-unsur sastera la coz dia menggunakan bahasa melayu lama.


Akhirnya semalam dapat jugak aku tengok cite nie setelah 3 kali tertangguh...( Thanks Hadi coz teman saya tengok cite nie semalam.. walaupun hampir tak jadi nak tengok... hahahahha)


Korang nak tau tak macam mane cite nie??? Meh sini aku tolong explain kat korang yang tak tengok lagi cite nie...


Ia mengisahkan Hikayat Merong Mahawangsa yang telah menjadi penyelamat kepada kerajaan Langkasuka daripada taklukan lanun Garuda yang diketuai oleh " Kamawas ". Dalam masa yang sama Merong telah menerima tanggungjawab untuk melindungi putera Marcus dari Rom yang dalam perjalanan ke Langkasuka untuk mengahwini Puteri Ying Ying dari China...


Jadi bermulalah pertempuran antara Merong yang dibantu oleh kerajaan China dan Rom untuk menentang lanun Garuda yang terkenal dengan ilmu kekebalannya.  


Cite nie banyak action and tak membosankan. So tahniah kepada KRU Production kerana berjaya mengeluarkan cerita yang lain dari yang lain... balik-balik cerita Cinta... cinta...cinta... bosan kan ??? sekali sekala ada pembaharuan tak salah pun...




Hidup baru

Mulai dari hari ni aku tak nak 
toleh ke belakang lagi.. aku x nak kenang atau ingat 
pada orang yang da buang aku dari hidup dia
Mudah bagi dia untuk tuturkan segalanya
Tapi dia silap.. dia hanya kejar bayang-bayang
yang belum pasti dia akan dapat..
aku yakin satu hari nanti dia akan sedar
mana satu yang dia cari..

And aku tak pasti sama ada aku masih mampu
untuk terima dia lagi atau tak..
biar Allah yang tentukan segalanya...
Aku hanya mampu merancang tapi 
Allah yang tentukan...

Walau macam mana aku sayang and cintakan dia
tapi aku sedar, if dia bukan ditakdirkan untuk aku,
aku kena lepaskan dia dengan rela hati...
Aku tak pernah simpan perasaan dendam untuk dia,
tak pernah sekali pun...

Lima tahun mengajar saya untuk sayang orang lain 
dengan sepenuh hati, ajar saya erti kehidupan dan
ajar saya erti pengorbanan dan kejar impian selagi termampu
saya tak kan lupa segala-galanya yang pernah kita 
kongsi bersama walaupun masa terlalu singkat dan 
cemburu dengan segalanya...

Dan seandainya Allah bagi saya pilihan, 
saya nak kembali ke masa lima tahun yang lalu...
Namun semua tu takkan terjadi
Saya kena redha and terima segalanya...
Biarlah masa yang tentukan...segalanya....

Apa yang boleh saya buat hanya,
doakan segala kebahagiaan yang awak impikan...

Tuesday, March 8, 2011

siapalah aku disisimu



Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku