-->

Google+ Followers

Monday, December 20, 2010

Story of beautiful saturday

Ketika aku terasa " down " dia sambut aku dari jatuh
Ketika aku menangis, dia kesat air mata dengan tangan dia
Ketika aku ketawa dia tersenyum gembira
Ketika aku sedih dia datang memeluk dan memberi aku semangat

Untuk apa aku meragui keikhlasan dia???
Kebenaran ada di depan mata
Manusia akan melakukan apa sahaja untuk menyakitkan hati orang lain
Namun apa yang terjadi aku tetap terima dengan tabah
Walaupun hati aku kadang2 terlalu sakit

Tapi aku percaya pada hati
Aku percaya pada Qada dan Qadar dari Allah
Dia yang memberi dan dia mampu menguji setiap hambanya
Dan aku adalah hambanya yang sedang diuji  !!

Aku bahagia dan gembira sangat time tu...
Memang mula nya aku sakit hati... tapi aku x nak rosak kan segala-gala nya...
Hari sabtu lepas aku pergi Genting ngan dia...
Happy sangat.... aku tau walaupun dia sakit kepala
Dia tetap buat aku happy...
Aku boleh gelak, aku boleh senyum, aku boleh bergurau ngan dia...
Sebab aku nak buat dia bahagia and happy...

Dia hantar aku balik malam tu... dia tanya aku dah mampu pikul tanggungjawab???
Aku tau tanggungjawab apa yang dia maksudkan...
Tapi bibir x mampu berkata apa2...
Dan malam td time aku main massage ngan dia...
Aku jawab soalan dia...
" Aku hanya manusia biasa... byk kelemahan dalam diri sendiri...hanya perkataan InsyaAllah mampu aku cakap... tapi aku akan cuba sebaik yang mungkin dan sedaya aku mampu lakukan.... "

Tak sabar rasa nya melihat insan yang aku sayang memeluk agama suci Islam dalam hidup dia...
Biarlah dia memilih mengikut kata hati dia...Islam tiada paksaan... Kalau betul tu niat dia... aku sudi teman dia mendalami lagi Islam.. sebab aku masih terlalu byk kekurangan dan kelemahan yang perlu di perbaiki..
Ya Allah... kau bukakanlah pintu hati dia untuk menjadi umat mu Ya Allah..... www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!