-->

Google+ Followers

Thursday, December 30, 2010

Antara Aku, Dia dan Hujan

29 December 2010      Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut 
Cinta yang bersemi Diwaktu hujan turun Menyirami ketandusan hati
 
Aku yakin setiap insan ciptaan Allah pasti ada kenangan di waktu  "hujan " kan??? Begitu juga dengan aku... dan kerana hujan lah aku masih menyayangi insan yang berjaya membuat tugu dan bertapak dalam hati aku nie...biar apa orang nak cakap... aku kenal siapa dia!!! Aku pernah dengar orang cakap Hujan umpama hidup kita... Ia seperti masalah yang kita hadapi namun ia hanya hadir seketika kemudian memberi Pelangi kepada kita... Indah kan???
 
 
 Dan kerana Hujan lah adanya cerita antara aku dan dia.....
 
Semalam dia datang amik aku kat ofis.... (yeah... dapat la jumpa n spent time ngan my cayang... )hahaha ...saat-saat aku nak balik... time tu la bos aku suruh fax kan invoice kat client.... nak n x nak aku pun buat la jugak... (dalam hati risau dia marah kena tunggu lama) ...
lepas fax je aku terus angkat kaki melangkah dengan lajunya untuk ke luar dari ofis... tu dia da tunggu kat depan ofis aku da.... jeng..jeng...jeng... sure kena marah nie.... 
 
so kena acting sket.... stand by.... and action!!! 
" sorry lambat !!! heheh " ( buat2 la muka kesian sket... x kira la muke 20 sen ke cekodok ker... janji x kena marah ).... sorry sayang....

Namun, belum sempat nak sampai ke destinasi .... aku dah rasa satu and dua titik air hujan... lepas tu lagi... lagi.... and...... lebat gila..... kami pun cari la tempat nak stop untuk berteduh....(maklumlah naik motor jer )....sementara menanti hujan reda banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan.... saat2 dia berdiri depan aku ( block aku dari kena hujan n tempias air dari kereta2 yang x berhati perut ) , bergurau n mengutuk di bawah jambatan, n saat-saat kena marah jugak akhirnya ( Ni semua b punya pasal... keluar lambat.. kan da hujan!! kalau b keluar awl walaupun 5 minit kita x kan duduk kat sini ) ... tu dia aku dah kena marah!!! tahan jer lah emma... memang salah aku pun!!!
 
Pape pun sempat jugak lah aku buat aksi filem hindustan sket... nak menceriakan keadaan...
keluar semua aksi filem Kuch Kuch Hota Hai... hehehehe
 
Tapi kerana hujan lah membuatkan aku lebih sayangkan dia.. sehinggakan dia sanggup meredah hujan semata-mata nak jumpa aku n ambil aku balik dari keje... Terima kasih hujan !!!
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!